Chelsea melayan kunjungan Tottenham Hotspur dalam aksi tumpuan pada hujung minggu. Pemenang daripada pertemuan ini berpeluang untuk berada di puncak liga. Ini kerana Liverpool semalam terikat 1-1 dengan Brighton.
Chelsea bermula dengan agresif pada awal perlawanan. Mereka melakukan ancaman seawal minit kedua menerusi rembatan Hakim Ziyech.
Pada minit ke-11, Chelsea berada di hadapan menerusi Timo Werner, namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.
Pada minit ke-15, Chelsea diancam oleh Spurs menerusi rembatan deras Serge Aurier. Penjaga gol Chelsea, Eduoard Mendy berjaya menafikan percubaan itu dengan aksi menyelamat yang cemerlang.
Serge Aurier vs. Chelsea:
Most defensive aerial duels won (2)
Most interceptions (2)
Joint-most tackles won (2)
Second most ball recoveries (6)Defensively sound 👀 pic.twitter.com/GbbFoD6zDn
— Spurs Stat Man (@spursstatman) November 29, 2020
Menuju ke setengah jam perlawanan, giliran Mount pula cuba melencongkan bola rendah. Giliran Hugo Lloris menepis bola dengan baik sekali.
Tidak lama selepas itu, Tammy Abraham mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol. Dan kedua dua pasukan menuju bilik persalinan dengan skor tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, Chelsea menguatkan lagi dominasi mereka dan Spurs memilih untuk lebih defensif dan cuba melancarkan serangan balas apabila ada peluang.
Tammy Abraham mempersia-siakan satu lagi peluang, selepas hantaran menarik oleh Reece james.
Spurs melakukan beberapa siri serangan namun mereka kerap hilang bola di final third.
Tamat perlawanan, Chelsea 0 dan Spurs 0. Skuad bimbingan Jose Mourinho kembali berada di puncak Liga Perdana Inggeris.
13 – Spurs have won 13 points away from home in the Premier League this season (W4 D1) – converting to three-points-per-win all-time, only in 1960-61 have they earned more points from their first five games on the road in the top-flight (15). Foundations. pic.twitter.com/nY2RmTkhzf
— OptaJoe (@OptaJoe) November 29, 2020
Spurs dan Liverpool berkongsi 21 mata, namun Spurs memiliki kelebihan pada perbezaan jaringan.
"We are not happy with a draw at Stamford Bridge."
Jose Mourinho reacts to #THFC's 0-0 draw with Chelsea – revealing that the dressing room are unhappy with today's result. â›” pic.twitter.com/JqY4UyKP7T
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 29, 2020
Baca juga perkembangan lain
Serie A: Milan Kekal Tanpa Kalah, Kukuhkan Kedudukan Di Puncak
EPL: Aksi Kelas Dunia Cavani Bantu United Bangkit Dari Bangku Simpanan