Christian Eriksen akan kembali merumput di Liga Perdana Inggeris selepas berehat selama 7 bulan – setelah terkena serangan jantung ketika perlawanan Euron 2020 yang lalu.
Eriksen yang sudah secara rasmi dilepaskan oleh Inter atas pembatalan kontrak dengan persetujuan bersama kedua dua pihak. Pembatalan kontrak itu terpaksa diambil Inter kerana kerajaan Itali melarang sama sekali atlet dengan ICD (implantable cardioverter-defibrillator) terlibat dalam pertandingan profesional.
Dan peraturan tersebut turut terpakai untuk Serie A. Inter Milan dengan berat hati melepaskan Eriksen.
Eriksen mulai dikaitkan dengan Liga Belanda. Di mana liga tersebut tidak melarang pemain memakai ICD daripada beraksi. Misalnya, Daley Blind yang menggunakan ICD beraksi bersama Ajax.
Eriksen memiliki hubungan yang sangat baik dengan kelab seperti Ajax di Belanda.
Premier League tiada peraturan yang melarang penggunaan ICD setakat ini. Namun begitu, Eriksen bakal menjadi pemain pertama bermain di EPL dengan ICD.
Eriksen sudah sedia beraksi bersama Brentford selepas lulus ujian medikal dengan kelab tersebut. Rundingan bersama Brentford sudah bermula beberapa minggu lalu. Dengan kelab menawarkan kontrak 6 bulan, ditambah dengan opsyen lanjutan.
Sudah pastinya Eriksen melalui fasa pemeriksaan medikal yang lebih teliti daripada prosedur biasa.
Brentford are still working to complete Christian Eriksen deal as soon as possible. Important medical tests needed of course – but club still waiting for Christian as priority. 🇩🇰 #BrentfordFC
Contract on the table until end of the season plus option to extend until June 2023. pic.twitter.com/T3RHa1oGiu
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2022
Sebelum ini, Eriksen berlatih di Switzerland dan kemudian meneruskan lagi latihannya bersama dengan bekas pasukannya Ajax.
Thomas Frank yang merupakan pengurus berasal Dari Denmark, memainkan peranan besar dalam mempengaruhi Eriksen untuk datang ke Brentford. Selain daripada rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Denmark iaitu Christian Norgaard dan Mathias Jensen yang rapat dengannya.
Eriksen bukan nama asing di EPL. Beliau pernah bermain enam musim bersama dengan Spurs sebelum berpindah ke Inter pada 2020. Ketika di Inter, beliau membantu kelab itu menamatkan kemarau kejuaraan Serie A.