Manchester United dibelasah Brentford dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris. Penjaga gol mereka, David De Gea benar benar kecewa dengan keputusan tersebut.
De Gea malah mengakui bahawa dia adalah punca kenapa Manchester Uited dibelasah Brentford.
Kesilapan De Gea telah menghadiahkan dua gol pertama kepada Josh Dasilva dan Mathias Jensen. Ben Mee kemuidian menjaringkan ketiga diikuti Bryan Mbeumo menjaringkan gol keempat pada petang yang menakjubkan untuk Sang Lebah.
Bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan, De Gea berkata: “Saya rasa sayalah punca pasukan saya kehilangan tiga mata pada hari ini. Ia adalah persembahan yang buruk daripada saya sendiri.”
“Selepas kesilapan pertama dan kemudian yang kedua, ia sangat sukar untuk bermain dan ia adalah hari yang mengerikan. Sudah tentu, kita harus bertindak balas dengan lebih baik tetapi sekarang ini, kita melalui saat yang sukar, setiap kali kita melepaskan gol.”
“Saya sepatutnya menyelamatkan percubaan pertama dan mungkin keputusannya berbeza.”
Mengenai gol kedua, yang tiba selepas hantaran pendeknya kepada Christian Eriksen dipintas, dia berkata: “Mungkin saya [sepatutnya] perlu membacanya dengan lebih baik dan menendang bola jauh jauh. Tetapi, sudah tentu, kami sentiasa cuba bermain [dengan binaan dari bawah].”
https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1558574932384256000
“Tetapi hari ini mereka menekan kami dan saya sepatutnya membacanya dengan lebih baik,” jelas penjaga gol yang menerima gaji tertinggi di dunia itu.
Walaupun pramusim yang sangat cemerlang, United telah mengharungi permulaan terburuk musim ini dalam tempoh 30 tahun. Mereka tewas pada aksi pembukaan di tangan Brighton. Kemudian, United dibelasah Brentford pada hari Cristiano Ronaldo kembali ke dalam kesebelasan utama.
“Terlalu mudah untuk bermain dalam pra-musim, namun itu tidak membawa apa apa,” kata pemain berusia 31 tahun itu.
David de Gea: “I cost three points to my team today and it was a poor performance from myself. It was a horrible day”, told @ShamoonHafez. 🚨🔴 #MUFC
De Gea personally asked to do the post match interview. pic.twitter.com/lsqvCskX5P
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 13, 2022
“Kemudian apabila anda perlu bermain permainan yang penting anda perlukan keberanian, lebih konsisten dan menjadi pemain yang betul. Ia tidak berlaku hari ini.”
Ditanya bagaimana pasukannya boleh mengubah keadaan, dia menjawab: “Saya tidak pasti, sejujurnya. Semua orang semakin bertambah baik dan berasa seperti kami berada di halaman yang sama. Kita mesti bersatu.”