Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabel perlawanan antara Brentford dan Liverpool sebagai sangat gila.
Di mana The Reds diberikan tentangan sengit dalam perlawanan tersebut dan keciciran mata.
Brentford malah mendahului Liverpool menerusi Pinnock. Namun gol itu kemudian disamakan oleh Diogo Jota.
Mohamed Salah kembali meletakkan Liverpool di hadapan pada awal separuh masa kedua.
Tetapi Brentford kembali mengikat Liverpool menerusi jaringan Janelt pada minit ke-63.
Curtis Jones melakukan percubaan sangat cantik untuk gol ketiga Liverpool. Namun ianya tidak cukup untuk Liverpool pulang 3 mata. Kerana Brentford menyamakan kedudukan menerusi Yoane Wissa pada minit ke-82.
27’: Brentford 1-0 Liverpool
31’: Brentford 1-1 Liverpool
54’: Brentford 1-2 Liverpool
63’: Brentford 2-2 Liverpool
67’: Brentford 2-3 Liverpool
82’: Brentford 3-3 LiverpoolTHIS. GAME 💉 pic.twitter.com/4JsSFjVEeq
— B/R Football (@brfootball) September 25, 2021
Klopp memuji Brentford sebagai pasukan yang beraksi hebat dan bangga di hadapan penyokong mereka. Pasukan yang baru naik promosi itu mencipta banyak peluang gol.
Bercakap kepada Sky Sport, Klopp berkata: “Saya tak tahu nak menjelaskannya ketika ini. Ianya perlawanan yang gila.”
“Mereka berhak mendapat 3 gol mereka menerusi cara mereka bermain.”
“Mereka berhak mendapat mata. Saya tak fikir kamu boleh medominasi mereka dengan lebih baik. Kami mencipta banyak peluang keemasan namun gagal mengekang mereka ketika kami bertahan.”
“Perkara perkara seperti ini biasa berlaku. Pada masa yang sama, kita harus menjaringkan lebih banyak gol. Jika jika menang 3-2 atau 4-3 sekalipun, kita tetap bergelut dengan pertahanan.”
“Toney dan Mbuemo bermain dengan sangat baik. Brentford berhak mendapat mata.”
“Saya tiada masalah menerima keputusan ini [terikat dengan pasukan baru naik promosi], apabila lawan bermain bola sepak seperti ini. Itulah bola sepak. Kamu harus mencipta peluang untuk mendapatkan sesuatu daripadanya.”
“Mereka berhak mendapat mata kerana mereka memberikan tentangan sebaiknya. Saya sangat menghormati apa yang mereka lakukan.”
“Tetapi akhir sekali, ada beberapa situasi yang kami sendiri harus buat lebih baik — dan jika itu berlaku, ini akan menjadi perlawanan yang berbeza.”
“Penjaga gol mereka harus pakai no.10 di jersinya dengan cara dia menghantar bola,” kata Klopp berseloroh sambil memuji kualiti hantaran penjaga gol Brentford.
🗣 "Their goalie should have number 10 on his back with the balls he played."
Jurgen Klopp gives a special mention to Brentford goalkeeper David Raya on his performance against Liverpool pic.twitter.com/hzekhD1rHd
— Football Daily (@footballdaily) September 25, 2021
Baca juga artikel
EPL 2021/22: Gabriel Jesus Hadiahkan Kekalahan Sulung Buat Chelsea
Raiola Kecewa Lihat Donnarumma Terus Diperam & Hanya Tengok Kawan Kawan Main Bola