Barcelona mahu bawa pulang semula bekas graduan mereka Mikel Arteta ke kelab yang berpangkalan di Catalonia itu.

Baca Juga:

Kejayaan Mikel Arteta menaikkan Arsenal membuatkan Barcelona mempunyai rancangan untuk membawanya pulang semula ke kelab itu.

Arteta bukan satu satunya nama yang dimahukan Barcelona untuk  kembali ke Blaugrana. Seorang lagi ialah Lionel Messi.

Barcelona dikatakan tertarik dengan prestasi Arteta di Arsenal pada ketika ini. Oleh sebab itu, Barcelona menyenaraikan namanya dalam senarai pengurus yang mereka mahukan pada masa hadapan jika Xavi dipecat atau tidak lagi bersama mereka.

Xavi sebelum ini menyatakan bahawa dia sedar akan tekanan yang dia hadapi selepas gagal membawa Barcelona mara ke kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Jadi, menamatkan musim dengan trofi ini dengan trofi adalah sangat penting untuk Xavi atau dia berisiko dipecat.

Mikel Arteta adalah calon pengganti yang dianggap paling ideal memandangkan idea bola sepaknya dan juga kemampuannya menguruskan pemain pemain muda.

Di Arsenal, Arteta berjaya membangunkan dan meningkatkan pemain pemain muda dengan sebaiknya.

Ada banyak perkara yang dianggap boleh menjadi daya tarikan untuk Arteta menyertai Barcelona.

Kelab itu yakin bahawa mereka adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia dan juga hubungannya dengan kelab lamanya itu.

Arteta juga sangat rapat dengan Pep Guardiola. Mentor yang mungkin boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi Arteta untuk ke Barcelona.

Sebelum ini, Arteta pernah berguru di La Masia dan bermain untuk Barcelona C dan Barcelona B.

Dia juga mempunyai hubungan baik dengan Pengarah Bola Sepak Barcelona, ​​Mateu Alemany, dan Pengarah Sukan, Jordi Cruyff.

Arsenal pastinya tidak mahu membiarkan Mikel Arteta pulang semula ke Barcelona dan melepaskan pengurus tersebut.

Arsenal sebelum ini meletakkan kepercayaan kepada Arteta walaupun pada awalnya ramai pihak tidak mempercayai kemampuannya mengendalikan kelab besar seperti Arsenal.

Oleh sebab itu Lembaga Pengarah Arsenal benar benar memberikan sokongan kepada Arteta, termasuk memberikan dana yang besar dalam jendela perpindahan bagi mendapatkan pemain yang dia mahukan.

Selain itu, Arteta juga diberikan sokongan untuk mengeluarkan bintang seperti Ozil dan Arteta serta mendapatkan pemain yang dia mahukan.