Portugal bertemu Croatia di Estadio do Dragao di dalam perlawanan pembukaan Liga Negara Eropah (UNL) tanpa kapten mereka, Cristiano Ronaldo.

Namun ternyata ia bukan masalah besar untuk juara bertahan itu menewaskan Croatia – yang merupakan finalis Piala Dunia.

Ronaldo terpaksa diketepikan setelah mengalami jangkitan pada kakinya. Beliau hanya menjadi penonton di ‘stand’.

https://twitter.com/c_ronaldo7egend/status/1302327928584273923

Croatia gagal menunjukkan kualiti mereka selaku naib juara piala dunia. Mereka malah dibelasah Portugal dengan skor 4-1.

Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung sangat sengit. Kedua dua pasukan saling mengimbangi kekuatan lawan masing masing.

Namun Portugal mendapat gol berharga yang penting pada lewat separuh masa pertama menerusi Joao Cancelo pada minit ke-41.

Pada separuh masa kedua, Portugal telah mengamuk bak binatang buas. Mereka menambah 3 gol pada 45 minit terakhir.

Bruno Fernandes terus menunjukkan kekuasaannya di tengah padang.

Diogo Jota menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-58.

Joao Felix menambah satu lagi gol pada minit ke-70 minit.

Croatia mendapat gol saguhati pada masa kecederaan 90+1′ menerusi Petkovic.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir 3-1, Andre Silva menambah satu lagi gol pada minit ke-90+5′. Gol yang sangat lewat.

Sementara itu, saingan utama Portugal di peringkat kumpulan dalam UNL 2020, Perancis juga menang. Gol tunggal Kylian Mbappe membantu Les Blues menewaskan Sweden 1-0.

Dua lagi pasukan pilihan, Belgium dan England juga mendapat tiga mata penuh. Belgium menewaskan Denmark, 2-0. England menang tipis 1-0 ke atas Icelan menerusi penalti Raheem Sterling.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Gol Masa Kecederaan Gaya Ikat Jerman, De Gea Dan Werner Cemerlang

RASMI: Van De Beek Milik United, Tak Sabar Nak Rasai Suasana Old Trafford

Bartomeu Ancam Heret Messi Ke Mahkamah Jika Mengadu Dekat FIFA