Situasi tegang di Barcelona terus memasuki episod baharu. Lionel Messi terus dengan pendiriannya mahu pindah dari Barcelona.

Dan beliau tidak hadir ke sesi latihan pasukan. Messi masih mahu kelab melepaskan beliau secara percuma ke kelab lain sepertimana termaktub pada klausa khas kontrak beliau.

Di mana klausa itu menyatakan; Selepas Messi berusia 32 tahun dan ke atas, Messi akan dibenarkan untuk meninggalkan Barcelona pada akhir musim secara percuma – dengan syarat Messi memaklumkan kepada kelab.

Barca pula menuduh klausa itu hanya terpakai sehingga Jun. Messi kecewa kerana beliau sanggup bermain sampai Ogos untuk menamatkan kempen musim ini.

Barcelona sebelum ini memecat firma guaman yang mereka lantik. Yang menurut mereka menjadi tali barut kepada Messi mahu keluar secara percuma.

Sedangkan pasukan guaman tersebut hanya menerangkan klausa itu kepada Messi.

Kini Barcelona mengesyaki pihak Lionel Messi yang diwakili ayahnya mungkin akan menggunakan saluran FIFA untuk mencabar keputusan mereka.

Hal ini kerana, FIFA sebelum ini sudah menyatakan bahawa jendela perpindahan Eropah akan dilanjutkan.

07082

Bartomeu menyatakan bahawwa, mereka berpegang kepada undang udang buruh di Sepanyol dan Eropah yang menyatakan bahawa sebarang pelanggaran kontrak akan membuatkan Messi akan menanggung akibatnya.

Bartomeu yakin tidak ada kelab mampu membayar €700 juta pada klausa pelepasan Messi.

Bartomeu berkeras bahawa beliau tidak mahu dikenang sebagai Presiden yang menjual Messi dari Barcelona.

Lionel Messi dikatakan berminat untuk menyertai Pep Guardiola di Man City. Beliau malah ditawarkan pakej kontrak bernilai €700 juta – sama dengan angka klausa pelepasan beliau. Namun duit tu masuk poket Messi.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Van De Beek Milik United, Tak Sabar Nak Rasai Suasana Old Trafford

Real Madrid Lelong James Ke Everton, Diskaun Sekitar £38 Juta

Barcelona Pecat Firma Guaman Yang Dianggap Punca Messi Mahu Pergi Percuma