Juara La Liga, Real Madrid akhirnya memberi lampu hijau kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Everton untuk menandatangani pemain tengah James Rodriguez secara kekal.

Setelah kembali dari masa pinjamannya di Bayern Munich, James sebenarnya menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan pada awal musim lalu.

Namun, kecederaan menyebabkannya terus hilang tempat dalam pasukan utama.

Setelah kembali dari kecederaan, James jarang dimainkan oleh Zinedine Zidane lagi.

James sama seperti Bale, pemain yang bukan pilihan utama Zidane.

Pemain antarabangsa Colombia juga mahu meninggalkan Santiago Bernabeu musim panas ini.

Everton dilaporkan berminat untuk membawa James ke Goodison Park. Pengurus Everton, Carlo Ancelotti yang mahu James bermain dalam pasukannya.

Ancelotti memainkan peranan sangat penting dalam menarik minat James untuk datang ke Everton.

Seperti yang kita semua tahu, Ancelotti adalah bekas jurulatih James di Real Madrid. Ancelotti juga dilaporkan menghubungi James secara peribadi untuk meyakinkan pemain itu untuk berpindah ke England.

The Telegraph melaporkan Everton dan Real Madrid akhirnya mencapai kesepakatan mengenai perpindahan James, yang akan mendapat kontrak tiga tahun.

Perpindahan James dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi, walaupun hingga kini pemain berusia 29 tahun itu belum terbang ke Merseyside.

Namun, hingga kini belum dapat dipastikan berapa harga Everton untuk membeli James, sementara Real Madrid dilaporkan telah menetapkan harga £22.5 juta / €25 juta.

James Rodriguez merupakan pemain yang menarik perhatian dunia selepas beraksi cemerlang bersama pasukan kebangsaannya, Colombia – terutama sekali ketika Piala Dunia 2014.

Kecemerlangan beliau ketika itu membuatkan Real Madrid terus membeli James.

Beliau gagal untuk menunjukkan pengaruhnya di dalam pasukan Real Madrid. Dan sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Ini termasuk Man United dan Chelsea yang pernah dilaporkan benar benar mahukan James. Namun ketika itu Real Madrid berkeras mahukan sekurang kurangnya £60 juta juta untuk pemain tersebut.

James kini berpeluang untuk bermain lebih kerap di Everton, jika tidak ada halangan besar seperti kecederaan.

Baca juga perkembangan lain

Messi Setuju Terma Peribadi Sertai City Dengan Perjanjian €700 Juta

Barcelona Pecat Firma Guaman Yang Dianggap Punca Messi Mahu Pergi Percuma

Van Der Sar Nadi Penting Bantu Van De Beek Ke United Dengan Harga £35.7 Juta