James Rodriguez sudah bersedia untuk bermain di Asia. Beliau kini sedang berunding dengan kelab Qatar untuk perpindahan Januari ini.
James sebelum ini sudah memberikan isyarat bahawa beliau mahu ke Itali. Everton turut sedia melepaskan pemain antarabangsa Colombia itu berdasarkan situasi semasa.
Rafa Benitez dikatakan tidak yakin dengan James Rodriguez yang dilihat tidak serius dalam usaha memburu tempat dalam pasukan utama.
James Rodriguez is in talks with a club in Qatar as he looks to leave Everton, according to The Times 👀 pic.twitter.com/Nqy7qfEF78
— GOAL News (@GoalNews) September 20, 2021
Cara terbaik adalah melepaskan pemain itu dan mengurangkan bil gaji pemain dalam kelab mereka.
Beberapa bulan lalu ejen kepada James Rodriguez menyatakan bahawa pemain itu sugul selepas mengetahui Carlo Ancelotti bakal ke Real Madrid.
Ancelotti benar benar ke Real Madrid selepas itu dan meninggalkan James di Everton. Pemain itu menyertai Everton sebelum ini kerana mengikut Ancelotti. Di mana kedua duanya pernah bekerjasama ketika di Real Madrid dan Bayern Munich.
James dikaitkan dengan AC Milan. Kerana James berminat bermain di Itali. Milan ketika itu mencari pengganti kepada Hakan Calhanoglu yang menyertai Inter Milan.
Malangnya perpindahan itu tak dapat direalisasikan. James kini sedang merancang untuk berkarier di Qatar pula. Tawaran tersebut pastinya lumayan.