Liga Negara Eropah akhirnya memulakan aksinya. Perlawanan tumpuan pastinya di antara dua bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol
Jerman, yang bermain di tempat sendiri dengan Mercedes-Benz Arena, Berlin, hanya mampu berpuas hati terikat 1-1 dengan Sepanyol.
Ini selepas pasukan pelawat, Sepanyol menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan untuk mencuri mata.
Perlawanan di antara kedua dua pasukan sangat menarik dan terbuka. Kedua dua pasukan melancarkan beberapa siri serangan.
Namun kualiti pertahanan serta kecemerlangan penjaga gol Sepanyol, David De Gea membuatkan tiada ruang untuk gol pada separuh masa pertama.
⭐️ @D_DeGea: Man of the Match – Germany 1-1 Spain
🧤 Seven saves from the Manchester United keeper ultimately earned Spain a point in Germany and a man of the match rating of 7.85
📊 Full stats and ratings – https://t.co/UgwRj8Jyap pic.twitter.com/ejNUFvpbEU
— WhoScored.com (@WhoScored) September 3, 2020
Separuh masa kedua, Jerman membuka tirai jaringan menerusi penyerang Chelsea yang baru, Timo Werner. Dia memanfaatkan hantaran oleh Robin Gosens pada minit ke-51.
Werner dengan tenang melakukan beberapa sentuhan sebelum menewaskan De Gea dengan leretan yang cantik.
Timo Werner’s goal tonight against Spain. https://t.co/Ouohum4kvG
— ✈️ (@Arrizabalager) September 3, 2020
Malangnya Jerman kehilangan mata setelah Jose Gaya mencetak gol pada masa kecederaan minit ke-95.
Itu adalah gol pertama beliau di peringkat antarabangsa.
Jose Gaya’s first-ever Spain goal was a 95th-minute equaliser against Germany 😤 pic.twitter.com/otuYgFmabx
— B/R Football (@brfootball) September 3, 2020
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Hasilnya pendahulu kedudukan Liga 4 Kumpulan A adalah milik Ukraine. Ini selepas skuad bimbingan Andriy Shevchenko berjaya menewaskan Switzerland dengan skor 2-1.
Baca juga perkembangan lain
Bruno Fernandes Balas Sindiran Mourinho 2 Bulan Lalu Yang Memperlekehkan Sumbangan Golnya
Bartomeu Ancam Heret Messi Ke Mahkamah Jika Mengadu Dekat FIFA