Liga Perdana Inggeris sah mengakhiri perjanjiannya dengan perkhidmatan streaming China PPTV pada hari Khamis.
Liga Perdana Inggeris tidak memberikan alasan kepada umum berkenaan penamatan perjanjian setelah satu musim kontrak daripada tiga tahun dipersetujui sebelum ini.
Ianya berbunyi:
“Liga Perdana mengesahkan bahawa hari ini, kami telah menghentikan perjanjian untuk liputan Liga Perdana Inggeris di China dengan pemegang lesen penyiar di wilayah tersebut.”
“Liga Perdana Inggeris tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai masalah ini buat ini.”
PPTV culas bayar duit tajaan?
Akhbar Britain, The Daily Mail melaporkan bulan lalu bahawa PPTV tidak membuat pembayaran sebanyak £160 juta pound sebagai yuran hak yang seharusnya dijelaskan pada bulan Mac.
Ketika itulah EPL ditangguhkan kerana wabak coronavirus.
Kontrak Premier League dengan PPTV, yang dimiliki oleh syarikat gergasi China, Suning, adalah salah satu kontrak penyiaran yang paling menguntungkan di peringkat antarabangsa dalam tempoh kewangan tiga tahun semasa hingga 2022, ianya dilaporkan bernilai sekitar £550 juta.
Oleh itu langkah penamatan ini amat mengejutkan ramai pihak. Kita semua tahu China pasti akan bertindak balas dengan perkara ini.
EPL ternyata tegas dalam isu berkaitan pembayaran tajaan. Ini kerana mereka sudah berjanji akan memberikan bayaran penuh kepada semua pasukan, antara sebab kenapa EPL tidak pernah terfikir mahu menamatkan saingan liga awal.
Impak daripada Covid sangat besar kepada semua pasukan. Bayaran daripada hak penyiaran adalah sumber utama semua pasukan.
The Premier League confirms that it has today terminated its agreements for #PL coverage in China with its licensee in that territory.
The #PL will not be commenting further on the matter at this stage. pic.twitter.com/2TuwZeM9m4
— Premier League Communications (@PLComms) September 3, 2020
EPL mengesahkan mereka telah memutuskan semua hubungan dengan penyiar di China, mengumumkan berita tersebut dalam satu kenyataan pendek pada hari Khamis.