Premier League sebulat suara mengundi untuk tidak menggunakan teknologi ofsaid separa automatik seperti mana digunakan di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Baca Juga:

Sebelum ini terdapat cadangan agar Premier League memperbaiki pengendalian VAR terutama sekali dari segi ofsaid.

Di mana EPL dianggap antara liga yang sangat tidak efisien dan mengambil masa yang lama untuk menentukan sesuatu keputusan ofsaid.

Teknologi semi automatik yang digunakan di Qatar 2022 sebelum ini ternyata lebih baik dan lebih tepat.

Di mana keputusan ofsaid akan ditentukan oleh teknologi pengesanan yang lebih cekap.

FIFA telah mengesahkan bahawa penggunakan teknologi tersebut adalah mempercepatkan masa yang diambil untuk memutuskan keputusan ofsaid.

Selain sensor di tengah bola, yang menghantar data 500 kali sesaat untuk menentukan titik sepakan yang tepat.

12 kamera dari pelbagai sudut dengan keupayaan menjejak dan pengesan khas yang cekap akan dipasang pada bumbung setiap stadium untuk menjejak bola dan 29 titik pada setiap pemain.

Ianya menghantar data 50 kali sesaat untuk mengira kedudukan tepat mereka di atas padang.

Mana-mana pemain dalam kedudukan ofsaid akan mencetuskan amaran di bilik pembantu pengadil video (VAR) yang akan disampaikan kepada pengadil di atas padang.

Sistem itu telah diuji pada Piala Arab dan Piala Dunia Kelab tahun lalu, serta Piala Dunia 2022, di mana ia dianggarkan telah mengurangkan masa yang diambil untuk membuat keputusan VAR untuk ofsaid daripada 70 kepada 25 saat.

Malangnya teknologi ofsaid separa automatik itu tidak mendapat sokongan majoriti rakan kongsi Premier League.