Premier League menyatakan sokongan mereka ke atas Ukraine dan mengecam pencerobohan Rusia atas dasar ‘Bola Sepak Teguh Bersam’.
Sejak Rusia menceroboh Ukraine, banyak pasukan dan sudah ramai pemain menyatakan sokongan mereka ke atas mangsa perang di Ukraine.
Antaranya dengan memakai baju yang dicetak bendera Ukraine. Seterusnya, dalam aksi antara Everton dengan Manchester City minggu lalu, Zinchenko dan Vitaliy Mykolenko berpelukan antara satu sama lain.
Zinchenko & Mykolenko sharing an embrace during the warm-up.
β€οΈπΊπ¦pic.twitter.com/dZ6mfzLJqM
— SPORTbible (@sportbible) February 26, 2022
Premier League tidak melarang sebarang penggunaan simbol yang menyokong Ukraine, malah mereka sendiri sudah memulakan kempen sokongan penuh ke atas Ukraine.
Ini dengan mengadakan kempen kesedaran menerusi aksi Liga Perdana Inggeris yang popular di seluruh dunia.
Bermula dengan ‘DP’ akaun media sosial mereka yang diletakkan dengan warna khas bendera Ukraine, seterusnya Premier League akan mengarahkan kapten 20 pasukan EPL yang beraksi minggu ini memakai lilitan kapten dengan warna bendera Ukraine.
Dalam kenyataan rasminya, Premier League berkata:
“Liga Perdana dan kelab kami dengan sepenuh hati menolak tindakan Rusia dan akan menunjukkan sokongan kepada rakyat Ukraine pada semua perlawanan hujung minggu ini.”
“Kami menyeru untuk keamanan dan hati serta fikiran kami adalah bersama sama dengan semua orang yang telah terjejas.”
“Tanda solidariti untuk Ukraine akan dapat dilihat pada semua perlawanan Liga Perdana dari Sabtu 5 hingga Isnin 7 Mac. Ini berikutan pelbagai cara di mana kelab telah menunjukkan sokongan mereka sebelum ini.”
β20 kapten kelab akan memakai lilitan tangan khas dalam warna Ukraine dan penyokong digalakkan untuk menyertai pemain, pengurus, pegawai perlawanan dan kakitangan kelab dalam solidariti sebelum sepak mula pada setiap perlawanan.”
“Skrin besar di stadium akan memaparkan ‘Bola Sepak Berdiri Teguh Bersama’ dengan latar belakang warna biru dan kuning bendera Ukraine. Kata-kata ini juga akan ditunjukkan pada papan perimeter LED semasa perlawanan.”
#FootballStandsTogether pic.twitter.com/QpP8pfDsFh
— Premier League (@premierleague) March 2, 2022
“Mesej perpaduan ini juga akan dapat dilihat oleh peminat di seluruh dunia di seluruh saluran digital Liga Perdana. Logo dan profil pada platform tersebut akan berubah untuk mewakili warna bendera Ukraine, yang juga akan dipaparkan di seluruh siaran perlawanan di UK dan di luar negara.”
Antara aksi yang akan menarik tontonan luar biasa dari seluruh dunia minggu ini adalah aksi derbi Manchester antara Manchester United dan Manchester City.