Kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun telah membuatkan UK memasuki fasa berkabung. Difahamkan tempoh perkabungan adalah 10 hari.
Baca juga artikel:
‘Semuanya Salah, Tak Ada Satu Pun Counter-pressing Daripada Kami,’ Kata Klopp
TERKINI: Chelsea Pecat Tuchel, Anggap Masa Tepat Untuk Perubahan Selepas Belanja Hampir £300 Juta
Kelab kelab di EPL menjangkakan bahawa pihak istana akan mengumumkan bahawa kesemua acara hiburan dan sukan di negara negara tersebut akan dihentikan seketika.
Kelab kelab tersebut juga turut bersedia dengan kemungkinan perlawanan EPL akan ditangguhkan selama dua minggu.
EFL telah pun mengesahkan kedua-dua perlawanan pada malam Jumaat – Burnley vs Norwich dalam aksi Kejuaraan dan Tranmere Rovers vs Stockport County dalam Liga Dua – tekah dihentikan.
Chelsea vs Fulham dijadualkan membuka hari perlawanan Liga Perdana Inggeris pada minggu ini untuk aksi petang Sabtu dengan lima lagi perlawanan menyusul pada hari tersebut.
Tiga lagi perlawanan telah dijadualkan pada hari Ahad. Sementara itu Nottingham Forest bertandang ke Leeds United pada hari Isnin.
This weekend’s @PremierLeague fixtures are set to be postponed following the passing of Queen Elizabeth II as reported @MikeKeegan_DM! 🚨 pic.twitter.com/CI63uEYEns
— SPORF (@Sporf) September 8, 2022
EPL sedang menunggu kenyataan Kerajaan berhubung dengan tempoh berkabung.
Premier League berduka ratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II
EPL dalam kenyataannya menyatakan kesedihan mereka di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Kenyataan EPL berbunyi: “Kongsi perasaan duka dan ucapan takziah kami bersama Keluarga Diraja dan semua orang di seluruh dunia berkabung atas kehilangan Baginda Ratu.”
Kelab Liga Perdana Inggeris telah beraksi dalam Liga Europa dan Liga Persidangan Europa pada hari kemangkatan Ratu Inggeris itu, dengan Arsenal menentang FC Zurich. Sementara Manchester United menentang Real Sociedad. Manakala West Ham berdepan FCSB.
Peminat Manchester United dan Real Sociedad turut memberi penghormatan dengan senyap seminit sebelum sepak mula. Kedua-dua pasukan memakai lilitan hitam dan bendera di dalam Old Trafford dikibarkan separuh tiang.
Begitu juga dalam aksi melibatkan Arsenal dan FC Zurich.
West Ham United yang mengalu-alukan FCSB ke Stadium London dalam Liga Persidangan Europa dan dengan penuh semangat mengalunkan lagu ‘God Save The Queen’.