Premier League sudah bersedia untuk mengharamkan penaja daripada syarikat judi pada depan jersi kelab EPL.

Isu tajaan daripda syarikat judi itu mulai dibincangkan dengan serius sejak tahun lalu. Selepas peningkatan mendadak penaja daripada syarikat perjudian terpampang pada depan jersi kelab EPL.

Namun Premier League memikirkan impak pasca pandemik dan menangguhkan seketika usaha untuk mengharamkan tajaan daripada syarikat perjudian.

Awal bulan ini, beberapa kelab di EPL sudah mempersetujui cadangan tersebut. Kerana sukan bola sepak tidak seharusnya dekat dengan jenama perjudian.

Ramai peminat di England sendiri tidak selesa dengan kelab kelab mereka ditaja oleh syarikat judi ini.

Namun ianya memerlukan undian 14 daripada 20 kelab EPL untuk memastikan Premier League dapat mengharamkan tajaan syariat perjudian.

Musim lalu ada 10 daripada 20 pasukan ditaja oleh syarikat judi pada hadapan jersi mereka.

Jadi, pengharaman tajaan syarikat judi ini akan membuatkan kelab kelab di EPL kehilangan tajaan daripada $6 juta sehingga ke $12 juta semusim.

Namun begitu, Premier League hanya merancang untuk mengharamkan tajaan pada depan jersi. Bagi tajaan di lengan jersi, ianya masih akan dibenarkan.

Perkara ini akan dibincangkan sekali lagi pada mesyuarat pemegang pemegang saham Premier League pada minggu hadapan.

Beberapa syarat dan juga proses transisi juga akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

The Times melaporkan, agak mustahil untuk mengarahkan tajaan untuk ditamatkan serta merta. Kerana ianya akan melibatkan pampasan kontrak.

Dan Premier League dijangka akan memberikan masa 3 tahun untuk memastikan kelab kelab yang berkaitan, menamatkan tajaan daripada syarikat judi.