Manchester United dilaporkan memburu pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez.

Beberapa laporan dari UK menyatakan bahawa Man United sudah sedia untuk kehilangan Paul Pogba pada jendela perpindahan akan datang.

Saul Niguez dilihat sebagai calon terbaik untuk menggantikan Paul Pogba di bahagian tengah.

Masa depan Pogba di United terus menjadi tanda tanya. Sebelum ini ejen beliau, Mino Raiola menegaskan bahawa Paul Pogba meminta beliau untuk membantunya keluar dari United.

Ole Gunnar Solskjaer sudah memberitahu bahawa mereka mahu Paul Pogba kekal. Tetapi pada masa yang sama mereka tetap bergantung kepada komitmen Paul Pogba.

Malah sebelum ini Man United mendapatkan Bruno Fernandes pun kerana mahu menggandingkan pemain itu dengan Pogba.

Dan kini mereka menyediakan opsyen lain dengan cuba mendapatkan maklumat harga Saul Niguez.

Namun isu sekarang ini adalah United menilai Saul Niguez €80 juta.

Tetapi Atletico pula menyatakan mereka hanya akan melepaskan Saul Niguez dengan nilai €150 juta, jumlah yang ada klausa pelepasan.

Jumlah itu hampir dua kali ganda daripada yang diletakkan oleh United.

1264084_1

Harga tersebut mungkin akan menjadi halangan utama untuk United mendapatkan bintang Atletico Madrid itu.

Selain daripada Saul Niguez, Man United terus dikaitkan dengan Jason Sancho dan juga Jack Grealish.

Sancho juga agak mahal harganya berdasarkan pasaran semasa pemain itu. Borussia Dortmund sudah menyatakan mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran bermula daripada €80 juta.

Sementara itu Jack Grealish mungkin pemain yang paling murah dalam sasaran mereka di antara tiga ini.

Namun Aston Villa juga dikatakan meminta sekitar €45-50 juta untuk salah seorang pemain paling menyerlah di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Ziyech Dibenarkan Sertai Chelsea Lebih Awal

RASMI: Eredivisie Dibatalkan, Ajax Dan AZ Alkmar Tak Juara

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?