Liga Eredivisie Belanda sah membatalkan liga mereka musim ini. Dengan tiada juara dan tiada penyingkiran.

KNVB, setelah mengadakan perjumpaan dengan 38 wakil kelabnya pada hari Jumaat.

Pada kedudukan semasa, Ajax Amsterdam dan AZ Aalkmar terikat mata di kedudukan pertama dan kedua – hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Keputusan itu diambil oleh Eredivisie selepas kerajaan melarang sebarang aktiviti besar termasuk aktiviti sukan sehingga September 2020.

Kesannya Liga Belanda mengambil keputusan drastik dengan membatalkan liga dengan tiada juara. Keputusan itu menyaksikan kali pertama liga Belanda tiada juara sejak 1945.

Eredivisie akan memberikan tempat kepada Ajax dan AZ untuk slot kelayakan pusingan ketiga Liga Juara Juara Eropah.

Pasukan di tempat ketiga Feyenoord akan bermain di Europa League. Sementara, PSV Eindhoven dan Willem II akan beraksi di pusingan kelayakan pusingan kedua Europa League.

Pengurus Besar Ajax, Van Der Sar menyatakan kelab mereka faham dengan keputusan yang diambil itu.

Beliau berkata: “Sebagai pemain dan jurulatih, anda mahu memenangi gelaran liga di atas padang.”

“Kami berada di posisi teratas sepanjang musim ini, jadi sayang kami tidak dapat menjadi juara. Tetapi memandangkan situasi yang kami hadapi, maka kami faham dengan keadaan.”

“Ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak sekarang ini,” katanya kepada saluran televisyen kelab itu.

Namun begitu pasukan di tangga keenam, Utrecht, yang hanya tiga mata di belakang Willem II tetapi dengan kurang satu perlawanan.

Mereka juga mara ke final Piala Belanda menentang Feyenoord, mengatakan mereka tidak akan menerima keputusan itu.

Kenyataan panjang di laman webnya (fcutrecht.nl) mengatakan bahawa mereka akan membawa kes itu ke UEFA dan akan meminta bantuan kehakiman.

“Tidak boleh diterima apabila piala itu dimansuhkan begitu sahaja dan tidak memberikan tiket ke pertandingan Eropah untuk kami,” kata mereka.

Oleh kerana Liga Belanda tiada penyingkiran, maka tiada juga kenaikan daripada divisyen bawahan.

Pada ketika ini Cambuur Leeuwarden, 11 mata di kedudukan kelayakan automatik ke Liga Eredivisie.

Mereka juga membantah keputusan itu dan berkata: “Ini adalah skandal terbesar dalam sejarah sukan Belanda,” kata jurulatih kelab Henk de Jong kepada wartawan pada hari Jumaat.

Baca juga berita dari Eropah yang lain:

Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?

Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium