Kelab Belgium, KV Kortrijk nampaknya berbelanja besar kali ini apabila berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Australia, Trent Sainsbury bagi menghadapi musim baharu yang lebih mencabar.

Bekas pemain PSV Eindhoven itu telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama kelab milik Tan Sri Vincent Tan dan dijangka menjadi pilihan utama untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

Beliau yang berusia 28 tahun  mempunyai 49 kaps dengan Australia dan pernah mewakili negaranya dalam kejohanan berprestij seperti Piala Asia 2015 & 2019 serta Piala Dunia 2018.

Ketika usia yang masih muda, beliau juga pernah beraksi dalam Kejohanan AFF B-16 pada tahun 2008 dan kini merupakan rakan sepasukan kepada pemain muda sensasi Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin.

Karier bolasepaknya juga cukup hebat apabila meraih pelbagai kejayaan yang gemilang seperti Juara Piala Asia 2015, Pemain Terbaik Final Piala Asia 2015 dan juga Pemain Terbaik A-League musim 2012/2013.

Selain itu, beliau merupakan pemain ketiga dari Australia yang beraksi di Belgium selain Danny Vukovic dari KRC Genk dan George Timotheou dari kelab Zulte Wargem.

Bekas pengendali kelab A-League, Melbourne Victory iaitu Kevin Muscat turut melatih kelab Sint-Truiden.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Madame Pang “Payung” RM2.1 Juta, Pastikan Khidmat VAR Diteruskan

Park Hang-seo Tidak Gembira Dengan Tindakan VFF Potong Gajinya

Indonesia Mahu Bawa 5 Pemain Naturalisasi Hadapi Saingan Piala Dunia B-20