Indonesia nampaknya tidak mahu mengambil mudah temasya Piala Dunia B-20 Tahun yang akan berlangsung di negara itu pada 2021 nanti apabila merancang untuk mendaftarkan lima pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan.

Menurut pendedahan salah satu media tempatan di Twitter iaitu Fandom.id, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah mempunyai calon lima pemain yang kesemuanya berasal dari Brazil bagi dijadikan pemain naturalisasi.

https://twitter.com/Fandom_ID/status/1296352741950754816?s=19

Lima pemain tersebut ialah Thiago Apolinario Pereira, Maike Henrique Irine da Silva, Pedro Bartoli Jardim (penyerang), Hugo Guilherme (pertahanan) dan Leozao.

Lima pemain ini bahkan sudah tiba di Indonesia dan telah menjalani latihan bersama kelab Liga 1 seperti Persija Jakarta, Arema FC dan Madura United.

Perkara ini lantas mencetus persoalan dan juga kritikan khususnya di kalangan penyokong skuad Garuda Indonesia.

Rata-rata dari mereka mempersoalkan mengapa PSSI mahu mengambil pemain naturalisasi bagi mewakili Indonesia di kejohanan bawah umur berbanding menggunakan bakat tempatan yang sudah bersama pasukan sejak dua tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai skuad kebangsaan Indonesia di sini:

Shin Tae-yong Tak Tertarik Panggil Pemain Yang Tidak Memiliki Darah Indonesia

Tim Pelatih Timnas Indonesia Akan Catat Pemain Yang Makan Sembarangan

Alumni Akademi Leganes, Syukran Arabia Samual Dapat Panggilan TC Timnas Indonesia U-19