Pengerusi kelab Thai League 1, Port FC iaitu Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang telah memberikan dana sebanyak ฿16 Juta atau RM2.1 Juta bagi memastikan perkhidmatan Video Assistance Referee (VAR) terus digunakan dalam saingan Thai League 1.

Sebelumnya, pengelola liga, Thai League memutuskan untuk tidak meneruskan penggunaan VAR dan meminta pasukan untuk membayar sendiri jika mahu menggunakan perkhidmatan tersebut. Perkara ini nyata mendapat tentangan dari beberapa kelab yang berpendapat VAR perlu diteruskan bagi menjaga kualiti perlawanan.

Madame Pang, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat insuran terkemuka Thailand, Muang Thai Insurance Public Company Limited kemudiannya menyumbang dana sebesar RM2.1 Juta bagi membolehkan khidmat VAR diteruskan dalam semua perlawanan Thai League 1.

Dana tersebut kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Patit Supapong yang mana bukan sahaja akan digunakan untuk menggunakan khidmat VAR, malah dana tersebut juga akan digunakan bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh FAT disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Selain itu, pasukan kebangsaan, pasukan wanita serta skuad bola sepak pantai Thailand yang terkesan dengan pandemik dimana banyak program dibatalkan juga akan menerima bantuan melalui dana yang telah diberikan oleh Madame Pang.

Baca artikel lain mengenai Madame Pang dan saingan Thai League 1 di sini:

Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo

3 Kelab Elit Thai League 1 Tolak Pemansuhan Penggunaan VAR

Norshahrul: BG Pathum Mempunyai Kualiti Dan Pengurusan Yang Baik