Pengurus skuad B-23 tahun Thailand, Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan Madam Pang memutuskan untuk membawa masuk makanan Thai ekoran menu yang disediakan di hotel penginapan pemain dan pegawai pasukan tidak menepati selera kontinjen tersebut.
Pemain dan pegawai pasukan mengadu mengenai menu serta kualiti makan di hotel yang disediakan oleh pihak tuan rumah dan perkara ini nyata memberi kesan terhadap pemain khususnya dari segi mood dan tahap fizikal mereka.
Nualphan langsung mengambil tindakan mengenai masalah yang dihadapi oleh pasukannya dan beliau telah memesan makanan khas dari negaranya berupa makanan kering yang memerlukan suhu rendah untuk penyimpanan.
“Para pemain tidak perlu risau. Saya akan menyelesaikan masalah berkenaan menu dan akan ada makanan Thai untuk semua orang. Pemain perlu fokus untuk menampilkan prestasi terbaik bagi menghadapi saingan AFC B-23 tahun,” kata Madam Pang.
Ini bukan kali pertama pasukan bertanding mengalami masalah mengenai makanan dimana sebelum ini, 11 pemain Vietnam tidak dapat turun beraksi ketika menentang Thailand pada aksi pembukaan ekoran mengalami keracunan makanan.
Thailand hanya memerlukan keputusan seri ketika berdepan Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan setelah mereka menewaskan Malaysia dengan keputusan 3-0 pada aksi kedua kumpulan C Ahad lalu.
Akan tetapi, sekiranya skuad kendalian Worrawoot Srimaka itu tewas kepada Korea dan Vietnam menang ke atas Malaysia, maka Vietnam dan Korea yang akan mara ke peringkat suku akhir.
Baca artikel lain mengena perkembangan saingan AFC B-23 Tahun di sini:
Analisis Taktikal: Malaysia ‘Clueless’ Berdepan Gerakan Tanpa Bola Thailand
Piala Asia B-23: Thailand Tutup Rapat ‘Pintu Harapan’ Skuad Negara