Skuad B-23 tahun Vietnam menerima durian runtuh setelah berjaya melayakkan diri ke saingan AFC B-23 Tahun yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.
Pasukan muda Vietnam itu menerima ganjaran berupa wang tunai sebanyak 500 Juta Dong atau RM92 Ribu daripada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebagai penghargaan kepada pemain yang telah menampilkan prestasi terbaik sepanjang saingan peringkat kelayakan.
[BREAKING NEWS]
U23 Vietnam is awarded 500 million VND by VFF after winning tickets to AFC U23 Asian Cup Uzbekistan 2022 Finals Round#NamToShine #AFCU23 pic.twitter.com/luTgvQ3n2f— Nam To Shine (@NamToShine) November 3, 2021
Vietnam diundi dalam kumpulan I dalam saingan kelayakan AFC B-23 Tahun bersama dua lagi pasukan iaitu Myanmar dan Chinese Taipei.
Skuad kendalian Park Hang-seo itu berjaya meraih mata penuh dimana mereka menewaskan Chinese Taipei dengan keputusan 1-0 pada perlawanan pertama dan kemudiannya menewaskan Myanmar juga dengan keputusan 1-0 sekaligus muncul juara kumpulan.
Balang undian pusingan akhir Piala Asia B-23. Malaysia berada dalam balang 4.
Apa ramalan anda?#AFCU23 pic.twitter.com/G0Z0HJQzHb
— VOCKET FC (@vocketfc) November 3, 2021
Setelah mengesahkan kelayakan, Vietnam diletakkan dalam balang ketiga disamping Iraq, Qatar dan Jepun dalam undian bagi peringkat kumpulan AFC B-23 tahun.
Skuad Harimau Malaya yang turut menjadi juara kumpulan J diletakkan dalam balang 4 bersama Tajikistan, Kuwait dan Turkmenistan.
Balang 1 diisi oleh Uzbekistan sebagai tuan rumah selain Korea Selatan, Arab Saudi dan Australia manakala balang 2 diisi oleh Jordan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Piala Malaysia 2021: Ambil Aura Liverpool, Sri Pahang Tibai Penang 5-0
Nafi Ada Potongan Gaji 50%, Selangor Sentiasa Bayar Gaji Penuh ‘On Time’
Lion City Sailors Mahu Dapatkan Bekas Penyerang Skuad Olimpik Brazil