Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone telah disahkan positif koronavirus. Perkara itu disahkan oleh kelab beliau sendiri.
Kesemua pemain dan staf pelatih Atletico menjalani ujian COVID-19 pada hari Jumaat setelah kembali dari kem latihan pra musim mereka di Los Angeles.
Simeone didapati positif tanpa sebarang gejala. Oleh itu Diego Simeone kini melakukan pengasingan diri sesuai dengan prosedur kesihatan yang telah ditetapkan.
Atletico Madrid menerusi kenyataan mereka berkata:
“Analisis sampel baru di makmal telah mengesahkan bahawa jurulatih kami, Diego Pablo Simeone, telah positif untuk COVID-19 – berdasarkan hasil saringan dijalankan.”
Atletico Madrid boss Diego Simeone has tested positive for coronavirus, the Spanish club have announced.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 12, 2020
“Mujurlah beliau idak menunjukkan sebarang gejala dan berada di rumahnya – jauh daripada orang lain dan menjalani kuarantin yang sesuai setelah memberikan fokus kepada pasukan pada Isnin lalu.”
Sebelum ini penyerang mereka, Diego Costa disahkan positif koronavirus.
Atletico dijadualkan bertandang ke Cadiz untuk perlawanan persahabatan pada hari Selasa sebelum memulakan kempen LaLiga di Granada pada 27 September ini.
Atletico antara pasukan yang memulakan kempen liga musim ini lewat, kerana mereka menamatkan kempen mereka dengan aksi di suku akhir menentang RB Leipzig dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.
Baca juga perkembangan lain
Highlight EPL: Hatrik Salah Bantu Liverpool Kalahkan Leeds Dalam Aksi Sengit
Pihak Messi Tak Profesional Ketika Meminta Keluar Dari Barcelona