Hernán Crespo telah mengkritik bekas rakan sepasukannya Leo Messi yang dianggap tidak profesional dalam menangangi isu baru baru ini.
Menurut Crespo, jika Messi dan ejennya lebih profesional, perbincangan untuk meninggalkan kelab itu mungkin akan menjadi lebih mudah.
Namun sebaliknya yang berlaku. Di mana keadaan menjadi sangat rumit. Seolah olah Messi dan ejennya tidak tahu prosedur menangani masalah itu.
Crespo kini menjadi Pengarah Teknikal di Defense and Justice, terpanggil untuk memberikan komen tentang situasi Lionel Messi.
Menurut Crespo, jika Messi benar benar seorang yang profesional, beliau tidak seharusnya menimbulkan konflik secara langsung (direct) dengan pihak Bartomeu di Barcelina.
“Inilah isunya sekarang dan dengan semua sutuasi yang berlaku, dengan segala hormatnya kepada Jorge Messi [ayah Messi merangkap ejen] – pada pandangan saya, Messi harus lebih profesional di pihaknya.”
“Ianya ada beza apabila ejen anda yang bersuara untuk anda, itulah yang saya maksudkan. Dia seorang profesional, dia ayah kamu.”
“Dan sebagai ejen, dia tak akan membawa isu keluarga dan isu lain ke dalam perbincangan.”
“Dalam isu ini, Messi perlukan ejen dia sebagai profesional yang bercakap, bukannya dia sendiri yang bercakap.”
Crespo memahami bahawa jika Messi mendengar nasihat profesional, konflik seperti itu akan dapat dielakkan. Ini kerana Leo Messi sudah berfikir akan kemungkinan meninggalkan Barcelona sejak setahun lalu.
“Saya sudah katakan semua ini sebelum ini, ada perkara yang harus diselesaikan sebelum ia meletup, bukan sekarang.”
Crespo tidak menafikan bahawa, ayah Messi mungkin agak terkejut berdepan dengan perkara rumit seperti ini kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini.
Ramai bintang besar yang ikonik lain yang meninggalkan kelab dengan lebih mudah kerana mereka melakukannya dengan bantuan ejen yang cekap.
Lebih lebih lagi Messi menyatakan dia sudah mempertimbangkan untuk meninggalkan Barca sejak tahun lalu lagi.
“Saya tidak mahu memandang rendah kepada Jorge Messi, tetapi dia tidak mendapat sokongan yang lebih baik berbanding orang lain yang melakukannya.”
“Mereka mungkin pernah menangani masalah ini sebelumnya. Saya tidak tahu berapa kali dia duduk untuk berbincang dengan kontrak pada situasi bertentangan.”
“Memperbaharui kontrak Leo di Barcelona adalah mudah, anda tidak memerlukan banyak pengalaman, masalahnya adalah apabila sesuatu seperti ini berlaku, apa yang berlaku,” tegas Crespo.
Ini bukan pertama kali Jorge Messi dituduh kurang cakna dalam menguruskan Lionel Messi. Sebelum ini beliau juga dikatakan punca kenapa Messi terkait dengan masalah cukai di Sepanyol yang memang rumit.
Baca juga perkembangan lain
Analisis: Pembelian Van De Beek Untuk Mengeluarkan Potensi Sebenar Pogba
Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga