Sepanyol berjaya memenangi perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan 4 – Liga A – Liga Negara Eropah. Namun nasib berbeza dialami oleh Jerman.

Sepanyol melayan kunjungan Ukraine di Estadio Alfredo Di Stefano, Madrid. Dan mereka tiada masalah untuk menang 4-0 dalam aksi tersebut.

Sergio Ramos membuka tirai jaringan seawal minit ke-3,  menerusi sepakan penalti.

Ramos mengukuhkan statusnya sebagai pertahanan prolifik dengan menambah satu lagi gol pada minit ke-29.

Dua lagi gol Sepanyol adalah menerusi aksi cemerlang Ansu Fati, serta Ferran Torres.

Ansu Fati kini menjadi penjaring gol paling muda dalam sejarah Sepanyol.

Kemenangan ini membawa Sepanyol kembali ke kedudukan teratas Kumpulan 4 Liga A  – UEFA Nations League (UNL). Mereka akan kembali bermain pada 10 Oktober 2020, menjadi tuan rumah Switzerland di Madrid.

Spain-to-confirm-feelings-against-Ukraine

Sementara itu, Jerman yang awalnya diletakkan harapan tiada masalah untuk menang menentang Switzerland.

Namun Jerman gagal mencipta kemenangan. Ini adalah kali kedua Jerman keciciran mata.

Jerman ternyata diberikan tentangan luar biasa daripada Switzerland. Di mana pasukan tuan rumah tersebut melakukan 20 percubaan ke arah gawang Jerman. Berbanding 14 daripada Die Mannschaft.

Switzerland juga melakukan 500 hantaran dalam perlawanan ini, bukti mereka pasukan yang beraksi dalam prestasi terbaik.

Jerman berjaya di hadapan pada minit ke-14 menerusi Ilkay Gundogan.

Namun, Switzerland akhirnya dapat menyamakan kedudukan menerusi Silvan Widmer pada separuh masa kedua.

Berikut adalah keputusan lengkap Liga Negara Eropah dalam aksi sebentar tadi:

Hungary 2-3 Rusia

Wales 1-0 Bulgaria

Ireland 0-1 Finland

Slovenia 1-0 Moldova

Pulau Andorra 0-1 KepulauanFaroe

Sepanyol 4-0 Ukraine

Switzerland 1-1 Jerman

Serbia 0-0 Turki

Kosovo 1-2 Greece

Malta 1-1 Latvia

Baca juga perkembangan lain

Wolves Sambar Fabio Silva (The Next Ronaldo), Menjadikannya Remaja Ketujuh Termahal

Sancho: Berita Saya Ke Man United Hanya Mainan Media

RASMI: Kai Havertz Milik Chelsea, Perubahan Sistem Dijangka Berlaku