Sepanyol berjaya memperoleh kemenangan yang berharga ketika bertemu sebuah lagi pasukan pilihan, Jerman dalam aksi Liga Negara Eropah pada perlawanan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Lebih mengejutkan, Sepanyol membelasah gergasi Eropah, Jerman 5-0 dalam perlawanan tersebut.

Keputusan ini sangat mengejutkan dan Joachim Low sekali lagi menjadi sasaran peminat Jerman.

Gol pertama Sepanyol hadir pada minit ke-17, apabila Alvaro Morata menanduk masuk bola hasil umpanan Fabian Ruiz dari situasi sepakan penjuru

Pada minit ke-33, bintang Man City, Ferran Torres menjaringkan gol kedua pasukannya.

20201118_074003

Malam Jerman terus suram apabila lima minit kemudian Rodri ketiga untuk La Roja.

Bersambung pada separuh masa kedua pasukan bimbingan Luis Enrique terus memberikan malapetaka buat Jerman.

Pada minit ke-55, Ferran Torres menjaringkan gol kedua peribadinya dan keempat untuk Sepanyol selepas menyempurnakan umpanan Jose Gaya.

Jerman yang terus buntu dihukum sekali lagi pada minit ke-71. Kali ini Ferran Torres mencatatkan namanya sebagai penjaring hatrik apabila beliau menyempurnakan hantaran daripada Fabian Ruiz.

Hatrik itu menjadikan Ferran Torres sebagai pemain yang pertama meledak hatrik ke atas Jerman dalam aksi kompetitif selepas Michael Owen pada 2001.

Malam aib buat Jerman diburukkan lagi dengan gol keenam oleh Sepanyol. Ini apabila pemain gantian Mikel Oyarzabal,menjaringkan gol keenam juga hasil umpanan Jose Gaya.

Tamat perlawanan, Sepanyol 6 Jerman 0.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol mengatasi Jerman pada carta kumpulan selaku pendahulu kumpulan A4.

Baca juga perkembangan lain

Aubameyang Sindir CAF Kerana Biarkan Mereka Tidur Di Lantai Lapangan Terbang

Deschamps: Martial Kekok Dan Membazir

Jack Grealish Tonton Video Coutinho Dan De Bruyne Untuk Perbaiki Dirinya