Bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang meluah kekecewaannya selepas dilayan dengan teruk oleh pasukan tuan rumah dalam tugasa antarabangsa kali ini.

Aubameyang dan rakan sepasukannya bermain untuk pasukan kebangsaan Gabon untuk tugasan minggu antarabangsa kali ini. Dan ianya adalah aksi kompetitif berdepan dengan Gambia dalam pusingan kelayakan Piala Afrika.

Mereka terbang ke Gambia untuk berdepan dengan pasukan saingan utama mereka di kumpulan S.

Namun apabila tiba di sana, mereka tidak menyangka akan terpaksa tidur selama 6 jam di Lapangan Terbang Banjul, Gambia.

Aubameyang dan rakan rakannya tidak dibenarkan terus ke hotel dan terpaksa tidur di lantai lapangan terbang tersebut.

Aubameyang menyindir CAF kerana membiarkan perkara seperti itu boleh berlaku: “Bagus CAF, ini dah seperti kembali ke era 90-an.”

Pihak CAF kemudian menegaskan kesulitan itu berlaku kerana ada isu di peringkat pentabdbiran. Dan akhirnya barulah Aubameyang dan rakan rakannya dibenarkan masuk ke hotel pasukan mereka.

Malang terus menimpa Aubameyang pada aksi di atas padang. Di mana dalam aksi di Stadium Kemerdekaan Bakau, pasukan kebangsaan Gabon tewas di tangan pasukan tuan rumah Gambia dengan jaringan 2-1.

Itu adalah kekalahan pertama Gabon dalam pusingan kelayakan kali ini. Mereka tewas di tangan Gambia yang merupakan pasukan pendahulu kumpulan S.

gs

Baca juga perkembangan lain

Deschamps: Martial Kekok Dan Membazir

Deadpool Secara Rasminya Menjadi Pemilik Wrexham AFC

Jack Grealish Tonton Video Coutinho Dan De Bruyne Untuk Perbaiki Dirinya