Pierre Emerick Aubameyang sertai Chelsea pada deadline day. Kelab tersebut melengkapkan jendela perpindahan yang tidak menentu dengan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dengan harga €12 juta dari Barcelona.

Pemain itu bersatu semula dengan Thomas Tuchel, selepas kali terakhir mereka bekerjasama ketik di Borussia Dortmund.

Chelsea juga mengukuhkan di bahagian tengah dengan mendapatkan Denis Zakaria secara pinjaman sepanjang musim dari Juventus tetapi mengumumkan pada awal pagi Jumaat bahawa pertahanan Marcos Alonso telah meninggalkan kelab itu atas persetujuan bersama.

Pemain Sepanyol itu dijangka diumumkan sebagai pemain Barcelona pada hari Jumaat selepas enam tahun bersama Chelsea.

Perjanjian Aubameyang menjadikan perbelanjaan kelab London itu untuk yuran masuk di bawah pemilik bersama baharu Todd Boehly kepada lebih daripada £250 juta.

Chelsea
Pemilik Chelsea, Todd Boehly

“Ia satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan saya tidak sabar untuk memulakannya,” kata Aubameyang.

“Saya mempunyai beberapa urusan yang masih belum selesai dengan Liga Perdana Inggeris, jadi ianya rasa bagus untuk kembali dan benar-benar mengujakan.”

Ia adalah musim panas yang meriah dengan Boehly, bertindak sebagai pengarah sukan. Di mana dia cuba membuktikan bahawa dia benar benar mahu menyokong pengurus dan membangunkan projek kelab.

Beberapa pemain berlepas secara percuma seperti Antonio Rüdiger dan Andreas Christensen yang masing masing menyertai ke Real Madrid dan Barcelona. Ianya selepas Chelsea gagal memeterai kontrak baharu dengan 2 pemain tersebut. Ini ditambah dengan kerumitan apabila kelab dikenakan sekatan sebelum ini.

Chelsea telah berbelanja besar untuk mengukuhkan pertahanan tengah, dengan merekrut Kalidou Koulibaly dari Napoli dengan harga £33.8 juta dan Wesley Fofana dari Leicester dengan £75 juta.

Berjaya Dapatkan Wesley Fofana, Lineker Anggap Chelsea Miliki Pertahanan Paling Berbakat Di Dunia

Tawaran lewat untuk Josko Gvardiol dari RB Leipzig, bernilai £77.5 juta pula telah ditolak, dengan pemain antarabangsa Croatia itu melanjutkan kontraknya pada Khamis di kelab Jerman, sehingga 2027.

Aubameyang sertai Chelsea

Aubameyang kembali ke London, di mana dia bermain untuk Arsenal – selama empat tahun – dan dia kini kembali bersama Tuchel. Pengurus itu memiliki hubungan yang sangat baik dengannya, menyifatkan dia sebagai “agak gila tetapi gila yang bagus”.

Malah ketika Aubameyang dibekukan Arsenal, Tuchel antara orang yang dihubunginya untuk meluahkan tekanan dihadapinya. Tuchel menyatakan pada masa itu, perbualan dia dengan Aubameyang adalah antara 2 orang insan.

Aubameyang menjaringkan 79 gol dalam 95 perlawanan di bawah kendalian Tuchel dalam semua pertandingan.

Tuchel sebelum ini melepaskan Romelu Lukaku secara pinjaman ke Internazionale pada bulan Jun. Chelsea kemudian membeli Raheem Sterling dari Manchester City dengan harga £50 juta.

Aubameyang memperkuatkan lagi barisan serangan mereka yang dianggap agak tumpul pada ketika ini.

Aubameyang telah berpindah ke Barcelona pada penghujung musim sejuk musim lalu selepas dipaksa keluar dari Arsenal oleh pengurus, Mikel Arteta, dan dia menjaringkan 13 gol dalam 23 penampilan untuk kelab itu sebelum akhir kempen.

Pemain berusia 33 tahun itu hampir tidak beraksi kali ini, hanya membuat satu penampilan singkat,.masuk sebagai pemain gantian. Hal ini kerana Xavi Hernández telah memiliki Robert Lewandowski dan Raphinha.

Chelsea telah membuat percubaan untuk menandatangani Edson lvarez dari Ajax, PSV Eindhoven Ibrahim Sangaré dan Arsen Zakharyan dari Dynamo Moscow, yang mempunyai klausa pelepasan £12.6 juta. Namun semuanya gagal.