Bintang Deadpool, Ryan Reynolds dan juga penulis It’s Always Sunny In Philadelphia – Rob McElhenney- yang juga pelakon telah melengkapkan pemilikan majoriti di kelab Wales.
Dua bintang Hollywood tersebut telah rasmi menjadi pemilik Wrexham AFC. Wrexham bermain di liga divisyen kelima dalam piramid Liga Inggeris.
Syarikat milik Ryan Reynolds iaitu RR McReynolds telah mendapatkan hak itu di atas mandat yang diberikan oleh penyokong kelab.
Pengesahan perkara itu diumumkan dalam kemaskini oleh Wrexham Supporters Trust Board dan kemudian video khas di-tweet oleh Wrexham yang menampilkan Ryan Reynolds dan McElhenney.
McElhennye berkata: “Kepada Yayasan Penyokong Wrexham, terima kasih di atas kepercayaan dan keyakinan kamu ke atas kami.”
Ryan Reynolds berkata: “Kami sangat rendah hati dan kami sudah mulai bekerja.”
Dua rakan itu kini akan memiliki kelab yang bermain di Liga Nasional England.
Dan dilaporkan sudah berikrar akan menyuntik dana sekitar £2 juta sebagai pelaburan segera.
A message from our owners-elect…
Welcome to Wrexham AFC, @RMcElhenney and @VancityReynolds 🥳
🔴⚪️ #WxmAFC pic.twitter.com/ho1vV8cvry
— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) November 16, 2020
Pengarah Wrexham iaitu Spencer Harris menyatakan langkah yang diambil kali ini akan memberikan publisiti kepada kelab kerana pengaruh dua selebriti tersebut.
Wrexham merupakan kelab kerdil tapi kaya dengan sejarah. Di mana mereka merupakan pemilik kepada salah sebuah stadium bola sepak tertua di dunia di Racecourse Ground, yang dibuka pada 1807.
Baca juga perkembangan lain
Jack Grealish Tonton Video Coutinho Dan De Bruyne Untuk Perbaiki Dirinya
Bendtner Dedahkan Pemain Juventus Merokok Di Tandas, Anggap Ia Pemandangan Luar Biasa