Sepanyol berjaya membalas dengan kekalahan mereka dalam aksi separuh akhir Euro 2020, dengan menewaskan Itali 2-1 di Milan dalam aksi separuh akhir Piala Bangsa Eropah.
The last time Italy and Spain faced each other π pic.twitter.com/VtrAOOfdvs
— ESPN FC (@ESPNFC) October 6, 2021
Selain itu, Sepanyol turut menamatkan rekod tanpa kalah 37 perlawanan skuad bimbingan Roberto Mancini.
La Roja menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi penyerang Man City, Ferran Torres.
Itali kemudian beraksi sepuluh pemain selepas Leonardo Bonucci dibuang padang.
Aksi ini bermula dengan aksi menghiburkan pada separuh masa pertama. Walaupun Ferran Torres menjaringkan dua gol, namun kredit juga harus diberikan kepada Mikel Oyarzabal yang menyumbang dua assist cantik kepada pemain itu.
Oyarzabal terus menjadi pemain penting dalam skuad Luis Enrique.
Bonucci seharusnya lebih tenang dalam perlawanan ini. Kerana dia mengutip kad kuning pertama yang sia sia kerana membantah keputusan pengadil. Dan menerima kad kuning kedua kerana menyiku lawannya pada minit ke-41.
Keadaan menjadi lebih teruk untuk pasrah Itali apabila mereka bolos sekali lagi pada masa kecederaan separuh masa pertama.
πͺπΈ Ferran Torres again for Spain! β½οΈ#NationsLeague pic.twitter.com/YBQJYhiEga
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) October 6, 2021
Roberto Mancini membuat pertukaran pemain pada separuh masa kedua untuk memberikan suntikan tenaga pada pasukannya. Kerana beliau tahu separuh masa kedua memerlukan mereka bekerja lebih keras.
Pemain muda Sepanyol yang diberikan debut oleh Enrique, Gavi turut cemerlang.
Itali mulai fokus pada sistem berasaskan serangan balas.
Pada minit ke-83, Itali berjaya merapatkan jurang gol menerusi Lorenzo Pellegrini.
Namun Sepanyol tetap memastikan bahawa mereka mara ke final Piala Bangsa Eropah edisi 2021. Mereka akan menentang pemenang di antara Belgium dan Perancis.
Itali tewas pertama kali di kandang sendiri dalam aksi kompetetif. Dan ketika itu ada enam pemain skuad Sepanyol masih belum lahir lagi.
Italy have lost a competitive home game for the first time since 08 September 1999:
πͺπΈ Pedro Porro (13/09/99)
πͺπΈ Ferran Torres (29/02/00)
πͺπΈ Eric GarcΓa (09/01/01)
πͺπΈ Bryan Gil (11/02/01
πͺπΈ Yeremi Pino (20/10/02)
πͺπΈ Gavi (05/08/04)Six of Spain's squad had not been born. π³ pic.twitter.com/JiVvBBNjXE
— Squawka (@Squawka) October 6, 2021