England harus menarik nafas lega selepas berjaya mencuri 1 mata menerusi penalti lewat perlawanan Harry Kane.
Mana tidaknya, pasukan tuan rumah ternyata sangat dominan dalam perlawanan ini. Walaupun England berjaya mencipta beberapa siri peluang terbaik pada separuh masa kedua, selepas gol pertama Jerman oleh Jonas Hoffman.
Gareth Southgate merasakan England menyahut cabarannya untuk menunjukkan mereka adalah “pasukan berkelas dunia” selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memastikan mereka berjaya seri dengan pasukan handalan seperti Jerman.
Penalti lewat Harry Kane dilakukan dalam keadaan England di tengah-tengah, dengan tempo England semakin meningkat selepas kemasukan bintang Manchester City, Jack Grealish.
Ia adalah satu peningkatan yang ketara selepas kekalahan teruk Sabtu di Hungary dan Southgate mendedahkan dia telah melemparkan cabaran kepada skuadnya sebelum perlawanan mereka di Munich.
“Kami mempunyai beberapa keputusan yang baik di Wembley dan mahu keluar bermain di luar halaman kami dan mendapat keputusan yang baik,” katanya.
“Ia sangat penting untuk kami bangkit daripada keputusan yang mengecewakan. Kami mencabar pemain bahawa pasukan berkelas dunia tidak kehilangan dua kali berturut turut dan mereka telah bertindak balas dengan cara yang betul.”
Gareth Southgate says England showed they are ‘top team’ in Germany draw https://t.co/PuHxyDCHYr
— Guardian sport (@guardian_sport) June 7, 2022
England bermula dengan terhuyung-hayang. Dan selepas gol pembukaan minit ke-50 Jonas Hofmann, para pemain England memberikan respon dengan menunjukkan aksi lebih baik.
Southgate sangat kritikal terhadap hantaran mereka pada separuh masa pertama tetapi menyatakan kegembiraannya dengan cara pemulihan dan kebangkitan mereka.
“Untuk bertindak balas dengan cara yang mereka lakukan adalah hebat,” katanya.
“Saya fikir dalam keseimbangan permainan keseluruhan [penyamaan] adalah wajar. Ia adalah petanda penting bagi mereka.”
“[Kami mempunyai] tujuh atau lapan pemain yang membawa kami ke separuh akhir Piala Dunia, itulah sebabnya pemain pemain tersebut sangat penting bagi kami kerana teras pasukan itu meletakkan diri mereka di dalam pasukan ini untuk satu sama lain.”
“Pada malam-malam seperti ini anda perlu melakukannya untuk mendapatkan keputusan.”
Tendangan penalti, yang diberikan oleh VAR selepas kekasaran Nico Schlotterbeck, dan ianya adalah gol ke-50 Kane untuk England.
“Penyudahnya luar biasa, bukan?” tambah Southgate.
“Tekanan ketika itu, dia mempercayai tekniknya, kami mempunyai kepercayaan yang besar kepadanya. Hakikatnya dia mendapat 50 gol akan menjadi bahagian tengah cerita.”
“Tetapi permainannya yang menyeluruh, cara dia mengemudi barisan hadapan, cara dia bersaing, cara dia mengasak dari depan hari ini, adalah luar biasa.”
Kane menyifatkan mencapai kejayaan itu sebagai “perasaan yang sangat baik” dan merasakan England telah membuktikan satu perkara.
“Ia sangat penting untuk menunjukkan mentaliti kami,” katanya.
“Dan walaupun ketinggalan 1-0, ia menunjukkan watak yang baik untuk kembali bangkit ke dalam permainan dan mendapat keputusan yang kami mahukan, bermain menentang pasukan yang baik. [Ia] menunjukkan di mana tahap kami berada.”
Ditanya sama ada Grealish yang telah mencetuskan kebangkitan England, Southgate berkata:
“Pada permulaan permainan, cabaran kepada pemain yang berada di bahagian sayap adalah untuk menyerang, bertahan, cuba menjaringkan gol, tahap taktikal yang tinggi dan anda perlu membuat keputusan tepat.”
“Saya fikir itu adalah kawasan yang Jack boleh melakukannya dengan lebih baik.”
Keputusan seri ini meletakkan England di tangga tercorot kumpulan A3. Itali kini menjadi pendahulu, diikuti Hungary dan Jerman.