Chelsea sah melengkapkan perpindahan Kai Havertz dari Bayer Leverkusen dalam rekod perpindahan kelab iaitu £89 juta ataupun sekitar €100 juta.

Sebelum ini Bayer Leverkusen mengesahkan pemain itu diberikan pelepasan khas oleh DFB untuk terbang ke London bagi memeterai perjanjian dengan Chelsea.

Kai Havertz menjadi sasaran utama Lampard sejak beberapa minggu lalu lagi. Dan pada hari ini Chelsea memastikan Havertz menjadi pemain dari Jerman kedua berpindah ke Stamford Bridge pada kali ini.

Dalam kenyataan beliau, Havertz menyatakan sudah tak sabar mahu beraksi di hadapan penyokong Chelsea selepas menerima banyak sekali mesej daripada peminat Chelsea di media sosial.

https://twitter.com/ziyechBaller/status/1302022923809697797?s=19

Seterusnya Kai Havertz juga menegaskan bahawa Frank Lampard memainkan peranan penting dalam membawanya ke Stamford Bridge.

Ini kerana beliau meminati pemain itu ketika Lampard masih bermain.

Kai Havertz merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi bahagian serangan. Beliau pemain yang kreatif dan boleh menjaringkan gol.

Di mana pada musim 2019/20, beliau terlibat secara langsung dalam 18 gol Bayer Leverkusen dalam Bundesliga.

Kemasukan Kai Havertz memungkinkan Frank Lampard akan menukar pendekatan kepada sistem yang berasaskan Nombor 10.

Kerana itu adalah posisi yang menjadi kekuatan utama Havertz. Namun pada masa yang sama beliau juga mungkin akan menjadi pemain sayap.

Havertz juga kerap bermain sebagai false no.9 untuk Bayer Leverkusen apabila diperlukan.

Dengan ini Lampard sudah membelanjakan lebih £200 juta dalam jendela perpindahan kali ini.

Namun Lampard masih dikatakan mahu membawa masuk Declan Rice Dari West Ham.

Baca juga perkembangan lain

Sanchez Mahu ‘Koyak’ Kontrak Selepas Hari Pertama Di United Dan Nak Balik Ke Arsenal

Messi Sedia U-Turn Dan Terus Kekal, Bartomeu Malah Tawarkan Kontrak Baharu

UNL: Gol Masa Kecederaan Gaya Ikat Jerman, De Gea Dan Werner Cemerlang