Situasi melibatkan Lionel Messi dan Barcelona mungkin semakin hampir menemui konklusinya.
Selepas berusaha untuk keluar secara percuma, Messi kini sudah bersedia untuk kekal semusim lagi di Nou Camp. Marca melaporkan, Messi dalam pertimbangan untuk terus kekal.
Walaupun ayahnya sendiri sudah memberitahu Bartomeu bahawa Messi tidak akan kekal di Barcelona.
π£ "My son isn't staying at @FCBarcelona"#Messi's father didn't mince his words when he met with Bartomeu
π³https://t.co/MFyLIGkdsf pic.twitter.com/YSYShuAMDz
— MARCA in English πΊπΈ (@MARCAinENGLISH) September 2, 2020
Barcelona langsung tidak berganjak daripada pendirian mereka tentang klausa pelepasan pemain tersebut.
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu bertemu dengan ayah Messi yang juga ejen kepada pemenang Ballon d’Or enam kali itu – pada Rabu lalu di kompleks sukan Barcelona.
Dalam perbincangan tersebut Barcelona dilaporkan lebih membincangkan untuk mengekalkan Messi berbanding dengan menyentuh isu klausa pelepasan.
Bartomeu memberitahu ayah Messi, mereka akan cuba memastikan Messi kekal walaupun terpaksa menggunakan mahkamah sekalipun sebagai jalan terakhir.
Selepas pertemuan itu, ayah Messi memberikan bayangan bahawa Leo Messi akan terus kekal bersama Barcelona.
Malah ayahnya menegaskan, Messi selama ini tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Barcelona – kelab yang menjadi sebahagian besar hidupnya.
Namun berlaku perkara yang drastik beberapa minggu ini membuatkan Messi terfikir untuk mengubah pendiriannya.
Messi kalau boleh mahu keluar dari kelab itu secara baik. Bukannya dengan cara melibatkan paksaan daripada mana mana pihak.
Man City dan PSG berminat dengan Lionel Messi. Namun kedua dua kelab itu tidak sanggup membayar β¬700 juta dengan merisikokan diri mereka kepada Financial Fair Play oleh UEFA.
Selain itu Man City dan PSG juga dikatakan sedar bahawa mereka boleh berdepan dengan tindakan berat daripada Barcelona jika Messi dan Barca tidak mencapai kesepakatan bersama dalam hal berkaitan perpindahan percuma.
Barcelona ada reputasi yang kuat di mahkamah sukan. Mereka menang kes dengan Neymar sebelum ini, dan pada masa yang sama, dalam kes Griezmann, Atletico masih gagal menuntut wang tambahan untuk perpindahan pemain tersebut.
Cuatro melaporkan, ayah Messi dan peguamnya menasihatkan Messi untuk terus bertahan sekurang kurangnya semusim lagi.
https://twitter.com/PurelyFootball/status/1301572177393844224
Barcelona malah menawarkan kontrak baharu
Lebih menarik apabila Barcelona menawarkan kontrak lanjutan setahun lagi untuk Lionel Messi sehingga 2022.
Dengan klausa dia meninggalkan kelab pada akhir musim adalah dikekalkan.
Perbincangan di antara pihak Barcelona dan Messi masih berjalan. Messi mungkin akan kekal di Barca dan pergi percuma pada akhir musim 2020/21, ataupun terus kekal sehingga 2022 dengan mempersetujui kontrak baharu.
Pasukan Barcelona sudah menyambung semula sesi latihan mereka beberapa hari lalu. Lionel Messi tidak datang ke sesi latihan.
Bartomeu menyatakan bahawa, Messi boleh datang ke pusat latihan seperti biasa, terutama sekali apabila beliau benar benar memutuskan untuk terus kekal.
Ahad ini akan ada satu lagi sesi saringan covid, untuk latihan sebelah Isnin. Adakah Messi akan hadirkan diri?
Buat masa ini Lionel Messi tidak membuat sebarang kenyataan lagi tentang situasi beliau di Barca.
Baca juga perkembangan lain
UNL: Gol Masa Kecederaan Gaya Ikat Jerman, De Gea Dan Werner Cemerlang
RASMI: Van De Beek Milik United, Tak Sabar Nak Rasai Suasana Old Trafford
Bartomeu Ancam Heret Messi Ke Mahkamah Jika Mengadu Dekat FIFA