Liverpool dan Leeds bertemu pada hari pertama EPL 2020/21. Kedua dua pasukan turun dengan status juara liga di dua divisyen utama musim lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield, juara bertahan – Liverpool – memulakan perlawanan dengan lebih baik.

Liverpool kemudian diberikan sepakan penalti pada minit awal perlawanan. Mohamed Salah tidak melakukan kesilapan dalam tugasannya.

Membolehkan Mo Salah sudah menjaringkan gol dalam 4 perlawanan pembukaan berturut-turut dalam EPL.

Leeds United kemudian cuba memperbaiki rentak permainan mereka. Kedua dua pasukan tampil dengan gaya permainan yang berintensiti tinggi.

Pada minit ke-15, Sadio Mane hampir menambah gol menerusi rembatan dari jauh menewaskan penjaga gol yang keluar daripada kawasannya. Namun gol itu dibatalkan kerana binaanya daripada posisi ofsaid.

Ketika Liverpool sedang rancak menyerang, Leeds mendapat gol penyamaan mekerusi Jack Harrison yang melakukan cut inside cantik mengatasi Gomez dan merembat masuk.

Jack Harrison meraikan hari yang indah dalam kariernya.

Leeds ternyata tidak takut untuk bermain terbuka berdepan dengan Liverpool.

Namun, tidak lama selepas itu Liverpool di hadapan sekali lagi. Kali ini menerusi Virgil Van Dijk yang menanduk masuk sepakan penjuru oleh Robertson pada minit ke-20.

Ianya satu tandukan yang sangat deras dalam keadaan kawalan yang longgar daripada Leeds.

https://twitter.com/i/status/1304825549752279043

Namun selepas itu Van Dijk menjadi punca kepada gol penyamaan pasukan lawan. Di mana dia telah melakukan kesilapan defensif yang memberikan gol kepada lawan.

Bamford tidak mempersia siakan peluang terbaik. Selepas beliau sebelum itu gagal menewaskan Alisson daripada kedudukan satu lawan satu.

https://twitter.com/i/status/1304827934604222466

Namun ketajaman Mohamed Salah memberikan The Reds pendahuluan sekali lagi sebelum menuju ke bilik persalinan.

Pada separuh masa kedua, Liverpool dan Leeds terus mengekalkan permainan terbuka. Leeds terpaksa turun sedikit menyerap asakan Liverpool.

Namun dengan satu tekanan di high line, Leeds memenangi bola dan mencipta peluang gol. Peluang pada minit ke-65 itu disempurnakan oleh Klich yang mengawal bola dengan sangat cantik dan merembat tepat ke gawang Liverpool.

https://twitter.com/i/status/1304841256380530689

Dengan gol tersebut, Leeds menjadi pasukan baru naik pangkat pertama skor 3 gol di tempat lawan berhadapan dengan juara bertahan sejak Hull City pada 2008.

Di mana pada hari tersebut Hull tewas 3-4 di Old Trafford.

Liverpool kemudian hampir di hadapan sekali lagi menerusi rembatan jarak dekat Van Dijk. Namun ianya dibatalkan kerana ada kekasaran daripada Curtis Jones sebelum gol itu terhasil.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir dengan perkongsian mata, Mo Salah menjadi wira Liverpool.

Beliau menyempurnakan hatrik menerusi satu lagi penalti. Penalti itu diberikan setelah Fabinho dijatuhkan oleh Rodrigo.

Liverpool menang 4-3 pada hari pertama selepas aksi yang sangat mendebarkan.

Ternyata Leeds United memiliki semangat yang berkobar kobar untuk tampil sekali lagi di pentas utama liga bola sepak di England.