Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menganggap itu baru permulaan untuk kebangkitan semula Marcus Rashford.
Di mana dia yakin akan lebih banyak lagi yang akan dihasilkan daripada Marcus Rashford selepas dua golnya membantu United mengecapi kemenangan mengagumkan 3-1 ke atas pendahulu Liga Perdana, Arsenal.
EPL: Manchester United Benam Arsenal, Antony Skor Pada Debut
Rashford menjaringkan dua gol dalam sembilan minit separuh masa kedua untuk mengembalikan pendahuluan United selepas Bukayo Saka menyamakan kedudukan. Di mana sebelum itu, pemain debut, Antony menjaringkan gol pembukaan separuh masa pertama.
Pemain berusia 24 tahun itu dua kali memecut di hadapan Stretford End untuk menjaringkan dua gol Liga Perdana Inggeris pertamanya sejak Disember 2020 dan meningkatkan harapan kemungkinan akan dipanggil ke skuad England semula buat kali pertama sejak Euro 2020.
Sebelum ini Gareth Southgate menyatakan bahawa Rashford perlu bekerja keras untuk mendapatkan semula tempatnya dalam skuad England.
Rashford menjaringkan 2 gol dan mencipta 1 assist dalam perlawanan menentang Arsenal. Dan kini sudah menyumbang secara langsung kepada gol (gol atau assist) sebanyak 5 kali untuk United dalam saingan EPL setakat ini.
Ten Hag yakin bahawa itu baru permulaan daripada pemain asal England itu dalam usahanya untuk bangkit semula, selepas dikritik hebat kerana prestasinya musim lalu.
Ten Hag, yang pasukannya kini menang empat kali berturut-turut, berkata: “Marcus bermain permainan yang mendesak dan dia melakukan larian dengan sangat baik.”
“Tetapi kami menjangkakan dia sebagai penyerang akan menjadi sasaran, turun bertahan, bermain di atas, menjadi penghubung, berlari di belakang, tiba di dalam kotak dan sudah tentu menjaringkan gol.”
“Saya sangat gembira dengan persembahan itu, ia menunjukkan perkembangannya. Ada lagi ruang untuk penambahbaikan adalah jelas tetapi dia mempunyai keupayaan yang hebat jadi saya gembira memilki dia dalam pasukan.”
Ten Hag juga menjangkakan perkara besar daripada pemain baharu Antony yang menandakan penampilan sulungnya dengan bergaya berikutan perpindahan 100 juta euro pada hari tarikh akhir perpindahan.
“Saya tahu apa yang dia boleh lakukan, saya bercakap sebelum perlawanan kami memerlukannya di sayap kanan,” kata pengurus asal Belanda itu.
“Dengan rentaknya, gelecekannya, keupayaan menekannya, dia benar-benar bagus dengan itu, dan kita telah melihatnya dan pada masa ini dia tidak mempunyai kuasa yang lebih kuat, kerana dia terlepas beberapa sesi latihan akibat kecederaan 10 hari lalu.”
Kemenangan keempat berturut-turut adalah prestasi terbaik United dalam Liga Perdana Inggeris sejak April 2021 dan mereka hanya tiga mata di belakang Arsenal di tangga teratas, walaupun permulaan yang hambar.
Ten Hag kemudian menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk mengimpikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dia berkata: “Saya faham peminat sedang bermimpi, standard Manchester United mesti bagus, kami berada di permulaan proses, kami masih jauh daripada tahap yang diperlukan.”
“Kami perlu melakukan perkara yang jauh lebih baik daripada yang kami lakukan, itu satu pelaburan, kami perlu melakukannya bersama-sama setiap hari, kami perlu menjadi lebih baik jika anda mahu memenangi trofi pada akhirnya.”
Baca juga artikel
David Moyes Bengang Dengan Pengadil Dan Kutuk Mendy Sebagai Penipu
EPL: Everton Ikat Liverpool, Pickford Pamer Aksi Kelas Dunia