David Moyes bengang dengan pengadilan teruk dan juga kepura puraan Edouard Mendy sebagai punca West Ham kehilangan kesemuan 3 mata.
Aksi antara West Ham United dengan Chelsea telah berlangsung dengan kontroversi. Paling panas adalah gol Maxwel Cornet yang dibatalkan pada saat-saat akhir.
Tuan rumah Chelsea dipaksa bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama hasil gol Michal Antonio.
EPL: Everton Ikat Liverpool, Pickford Pamer Aksi Kelas Dunia
Chelsea menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua hasil jaringan Ben Chilwell dan gol lewat oleh Kai Havertz.
Namun berlaku kontroversi yang paling panas apabila gol masa kecederaan Maxwel Cornet telah dibatalkan pengadil.
Moyes antara yang paling bengang dengan keputusan pengadil. Di mana dia mendakwa ia bukan satu kesalahan dan Edouard Mendy memanfaatkan sepenuhnya situasi itu.
Dia turut bersemuka dengan pengadil selepas tamat perlawanan meminta penjelasan.
"Absolutely rotten decision from one of our supposedly elite referees" 😤
David Moyes says that it was a scandalous decision to rule out his side's late equaliser against Chelsea. pic.twitter.com/wVt0iw0alv
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 3, 2022
David Moyes melabel pengadilan sangat teruk dalam perlawanan ini. Dan turut mengecam Edouard Mendy sebagai menipu dengan mereka reka kecederaannya untuk membuat gol West Ham dibatalkan.
Moyes berkata:Â “Adakah kamu melihatnya?! Penjaga gol keluar dan meraba-raba… kemudian bertindak seolah-olah ianya adalah kecederaan bahu! Saya fikir ‘tidak mungkin dia [pengadil] akan menukar gol ini’… ia adalah keputusan yang tidak masuk akal.”
“Jarrod [Bowen] berkata dia tidak menyentuh penjaga gol sama sekali. Jika ada, ia mungkin terkena kaki belakangnya sedikit, tetapi penjaga gol telah pun termuntahkan bola. Dia memalsukan kecederaan bahunya dalam perlawanan ini. Di mana ianya tidak menjejaskannya 15 terakhir minit.”
“Penjaga gol cuba memalsukan kecederaan pada gol pertama kami juga. Jadi dia melakukan perkara yang sama pada gol kedua.”
Walaupun Moyes mungkin tepat dengan apa yang dia katakan, namun komen terbukanya ini sudah pasti akan mengundang tindakah tegas daripada FA.
Kapten West Ham, Declan Rice turut bersetuju dengan penilaian pengurusnya mengenai keputusan pengadil itu. Pemain yang pernah dikaitkan dengan Chelsea itu menganggap ia sebagai: “Salah satu keputusan VAR terburuk yang dibuat sejak ia masuk ke dalam permainan.”
That’s up there with one of the worst VAR decisions made since it’s come into the game. Shambles 😂
— Declan Rice (@_DeclanRice) September 3, 2022
Adakah anda rasa gol West Ham itu layak dibatalkan atau tidak?
Baca juga artikel