Erik Ten Hag membuat kenyataan yang agak mengejutkan ramai pihak dengan mendedahkaan Man United tak akan bermain bola sepak gaya Ajax.

Ajax Amsterdam bimbingan Erik Ten Hag bermain bola sepakΒ  yang sangat ofensif, dengan sistem high pressing dan binaan bola dari bawah.

Ramai peminat United menaruh harapan tinggi agar Man United bermain dengan cara Ajax ketika kelab mendapatkan Erik Ten Hag sebagai pengurus.

Ini ditambah dengan kehadiran beberapa bekas pemain Ajax dan bekas pemain di bawah kendalian Ten Hag dalam pasukan mereka.

Malangnya, selepas kekalahan di tangan Man City, pemerhati bola sepak mulai mempersoalkan, apakah taktikal yang cuba diterapkan Ten Hag di Man United?

Pengurus seperti Ange Postecoglu dan Unai Emery dilihat dengan pantas memasang sistem permaina yang mereka mahukan di Spurs dan Aston Villa.

Ten Hag menjawab tentang adakah Man United akan bermain gaya Ajax? : “Tak mungkin, kami tak akan pernah bermain gaya bola sepak seperti itu.”

Ten Hag kemudian menyatakan bahawa, dia dibawa masuk ke Man United bukan untuk menjadikan kelab itu sebagai pasukan yang bermain seperti Ajax sebelum ini.

“Ia juga bukan alasan kenapa saya datang ke sini. Kami bermain bola sepak yang berbeza dengan apa yang pasukan saya dulu pamerkan di Ajax.”

“Saya harus bermain dengan cara tersendiri di sini, kerana saya tidak boleh bermain dengan cara yang sama dengan di Ajax.”

Ten Hag seterusnya menjelaskan bahawa di Ajax, pemain yang menentukan cara kelab itu bermain bukannya dia. Dia cuma mencari taktikal yang sesuai dengan set pemain yang ada.

Di United Ten Hag bermain dengan sistem lebih langsung atau direct. Dalam bahasa kasarnya, lebih klasik dan banyak hantaran jauh berbanding di Ajax.

“Di Ajax, pemain pemain di sana yang menentukan cara kamu bermain. Ajax memiliki gaya tipikal dan karakter yang sangat kuat dalam permainan mereka. Dengan Man United saya sentiasa menunjukkan bola sepak berbeza.”

“Musim lalu pun saya buat benda yang sama, kami sebenarnya bermain dengan bola sepak lebih direct di sini sebab saya ada pemain yang sesuai dengan taktikal seperti itu di sini.”