Perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal nyata membuahkan hasil bagi Khalid Jamlus apabila beliau mendapat tawaran sebagai jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Akan tetapi, tawaran yang diberikan kepada Khalid nyata menuai kritikan daripada pelbagai pihak khususnya di laman media sosial yang mana rata-rata mengatakan bekas pemain skuad kebangsaan itu tidak layak untuk diberikan tugas tersebut.
Pengurus besar salah satu akademi ternama di Lembah Klang, Little League Soccer iaitu Shazwan Wong menyatakan posisi jurulatih AMD merupakan satu perkara yang serius.
Coaching job di AMD jgn dibuat main main .. jgn kerana political milege you sacrifice quality .. It is a national level centre and coaches that i personally knew have work their ass off in the system to get there .. Respect them !
— Shazwan Wong 🇲🇾 (@ShazwanWong) July 26, 2020
Tambah Shazwan, tawaran yang diberikan turut dilihat sebagai meremehkan segala usaha jurulatih yang sudah berada di AMD sejak hari pertama.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar pula berpendapat tugas sebagai jurulatih di peringkat akar umbi bagi kumpulan pemain elit adalah bukan satu tugas yang biasa.
Jawatan di Akademi2 Bola Sepak peringkat NASIONAL di mana2 negara pun seperti di AMD, ASPIRE & CLAIREFONTAINE ialah bukan jawatan biasa
Jawatan2 ini juga ialah satu PENGHORMATAN di dalam bidang pembangunan bola sepak remaja
Bukan calang2 jurulatih yang layak diberi peluang
— safirul (@SafirulAbuBakar) July 26, 2020
Khalid sendiri masih belum memutuskan sama ada beliau menerima tawaran tersebut atau mencari pasukan lain di Lembah Klang.
Khalid berkata beliau bercadang untuk mencari pasukan di Lembah Klang kerana mahu berada dekat dengan keluarga.
Baca artikel lain mengenai Khalid Jamlus di sini:
Steve Darby: Khalid Jamlus Seorang Yang Jujur, Bekerja Keras Dan Kelakar