Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus memohon maaf mengenai kenyataan tukang kebun yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini selepas berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ramai pihak tidak berpuas hati dengan kenyataan “tukang kebun” Khalid sehingga ada pihak yang terguris hati dan melabel beliau sebagai “berlagak” serta terlalu meninggi diri.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Khalid memohon maaf serta menafikan dia memilih kerja dan mengakui pernah bekerja di pelbagai tempat untuk menyara hidup.

So mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan itu kerja saya esok hari atau jadi security guard saya kerja. Kalau itu kerja hakiki saya.

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas, adakah itu pilihan terbaik. Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya.

“Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda. I’m sorry,” katanya.

Tukang Kebun
Khalid Jamlus

Khalid menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air selepas beliau melelong barang-barang peribadi miliknya seperti kasut emas dan jersi bagi menampung kehidupan.

Selain Khalid, seorang lagi bekas pemain yang menjual memorabilia ialah bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian.

Baca artikel lain mengenai Khalid Jamlus di sini:

“Nak Jadi Jurulatih, Harus Bermula Dari Bawah”

Steve Darby: Khalid Jamlus Seorang Yang Jujur, Bekerja Keras Dan Kelakar

Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook