Kekalahan pasukan negara di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam masih lagi menjadi bahan perbincangan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air. Malaysia berpeluang untuk meraih satu mata namun kegagalan memanfaatkan peluang terhidang memaksa pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe terpaksa menerima hakikat pahit apabila tewas dengan keputusan 2-1.
Perlawanan semalam turut mendapat perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar dimana beliau menyentuh gol pertama yang dijaringkan oleh UAE. Safirul membuat Thread di laman media sosial Twitter miliknya dan berkongsi pendapat mengenai penjaga gol yang ideal.
Satu perkara ja nak sentuh yg mungkin boleh elak gol2 seperti gol penyamaan UAE in the future. Utk saya gol tersebut turning point
Mungkin ini isu basi tapi benda ni maha penting utk talent id & pembangunan akar umbi
Yes tak lain dan tak bukan ialah tentang profail fizikal GK pic.twitter.com/SyrDIqydBT
— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
Saya berani katakan sekiranya profail GK kita berada dalam lingkungan 1.83 m ataupun sekurang2nya 6 kaki, header tersebut mudah untuk diselamatkan pic.twitter.com/prwJD2o2Q6
— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
Safirul turut memberikan contoh ketinggian penjaga gol ternama bagi pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Qatar dan Iran serta beberapa pasukan dari rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand.
Jom tengok benchmark Asia
🇯🇵
Kawashima 1.85
Schmidt 1.96
Gonda 1.87🇰🇷
Kim S Gyu 1.87
Jo H Woo 1.89
Gu S Yun 1.95🇮🇷
Beiranvand 1.94
Mazahari 1.92
Hosseini 1.92🇶🇦
Al Sheeb 1.85
Al Bakri 1.81
Barshem 1.83
Yazan 1.86— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
Jom tengok benchmark Asia Tenggara
🇹🇭
Kawin 1.83
Chetchai 1.85
Siwarak 1.83🇻🇳
Nguyen T Manh 1.83
Dang V Cam 1.88
Pham V Cuonh 1.86🇲🇾
Farizal 1.77
Ifwat 1.78
Hafizul 1.85Apek 1.73
Izham Tarmizi 1.64
Haziq Nadzli 1.76
Sam Sommerville 1.84
Khairul Azhan 1.82
Helmi Eliza 1.83 pic.twitter.com/VRUwOWFTqG— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
Di akhir thread, Safirul turut memberikan cadangan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika mereka mahu menggunakan pemain naturalisasi selepas ini, FAM perlu memberikan penekanan terhadap posisi penjaga gol.
Saya punya cadangan
selain daripada @NFDPOfficial memberi lebih fokus kepada talent id GK dan memberi solusi moving forward contohnya tentang genetik dan pemakanan
Sekiranya @FAM_Malaysia serious utk menggunakan strategi NATURALISASI, position GK harus diberikan keutamaan
🙏
— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
Apa yang pasti, penekanan yang dilakukan oleh Safirul ini boleh dipertimbangkan oleh FAM bagi memastikan pasukan negara mempunyai benteng terakhir yang kukuh sekaligus mengelak daripada pasukan melepaskan jaringan mudah.
Anda boleh membaca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang UAE di sini:
Pemain Muda Tampilkan Persembahan Cemerlang – Bert van Marwijk
Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil
Tan Cheng Hoe: Kita Bermain Baik Tetapi Tidak Dapat Kekalkan Tempo