Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Kapten Korea Selatan, Son Heung Min ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam semalam mencuri perhatian peminat bola sepak Asia.
Baca Juga:
- Persahabatan: Korea Selatan Belasah Vietnam 6-0
- Jürgen Klinsmann Bawa Barisan Kuat Hadapi Vietnam Dan Tunisia
- EPL 2023/24: Dua Gol Son Heung Min Ikat Arsenal Di Emirates
- Son Heung Min Kapten Baharu Tottenham
Portal bola sepak Vietnam melaporkan bintang Tottenham Hotspur itu memujuk pengadil dari Malaysia, Muhd Amirul Izwan Yaacob untuk membatalkan kad merah yang dilayangkan kepada pemain pertahanan Vietnam, Bui Hoang Viet Anh pada minit ke 61.
Situasi tersebut terjadi selepas pemain Vietnam itu melakukan terjahan keras ketika Son Heung-Min melarikan bola ke dalam kawasan kotak penalti.
Muhd Amirul Izwan kemudian melayangkan kad merah sekaligus dikerumuni oleh pemain yang membantah keputusan itu. Mereka meminta untuk merujuk pada sistem video bantuan pengadil (VAR).
Son Heung-Min turut masuk campur memujuk pengadil agar membatalkan kad merah kerana mendakwa terjahan yang dilakukan oleh pemain Vietnam tersebut tidak terkena pada kakinya.
pic.twitter.com/FHJpdsAw3c https://t.co/bLGn3aeNj2
— ©🍀⚽️ (@libraryminie) October 18, 2023
Bagaimanapun, pengadil tersebut kekal dengan keputusannya dan Vietnam terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain yang menyaksikan mereka mengalami kekalahan besar 6-0 kepada gergasi Asia itu.
Ia bukan keputusan yang baik bagi skuad kendalian Phillipe Trousier itu dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan depan.
Bagi Korea Selatan, mereka menjadikan perlawanan itu sebagai proses mengenali corak permainan pasukan Asia Tenggara kerana bakal bertemu skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan.
Skuad kendalian Jurgen Klinsmann tersebut turut diundi bersama dua lagi pasukan Asia Tenggara, Thailand dan Singapura dalam kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026.