Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin mendapat pujian daripada media Vietnam selepas menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan V-League baru-baru ini.

Baca Juga:

Baru-baru ini, Nazmi diberi tanggungjawab untuk menjadi pengadil utama pada perlawanan yang melibatkan Binh Duong Club menentang Da Nang.

Pada perlawanan tersebut, kecemerlangan Nazmi dipuji selepas menilai dengan baik situasi yang boleh mengakibatkan kontroversi yang melibatkan penyerang antarabangsa Vietnam, Nguyen Tien Linh.

Nazmi Nasaruddin
Sumber Gambar: Thanh Nien

Penyerang berusia 25 tahun itu jatuh dalam kawasan penalti lawan dan beliau mendakwa dikasari oleh penjaga gol dan meminta sepakan penalti diberikan kepada Binh Duong.

Akan tetapi, Nazmi menilai Tien Linh hanya melakukan simulasi dan kemudiannya melayangkan kad kuning terhadap pemain itu. Menurut penilaian Nazmi, sentuhan oleh pemain Da Nang tidak mencukupi untuk menyebabkan Tien Linh terjatuh.

Nazmi Nasaruddin dianggap sebagai salah satu pengadil terbaik dari Malaysia dimana beliau pernah mengendalikan perlawanan berprofil tinggi sebelum ini.

Nazmi pernah dipilih mengadili perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan kelab Australia, Perth Glory pada 24 November lalu.

Selain itu beliau pernah bertindak sebagai pegawai keempat pada dua lagi perlawanan iaitu pertemuan di antara Melbourne Victory dan Beijing Guon pada 27 November serta aksi melibatkan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos menentang Jeonbuk Hyundai Motor dari Korea Selatan pada 1 Disember lalu.