Penyokong kelab Al-Wehdat dari Jordan nyata ‘bengang’ dengan pengadil perlawanan AFC Champions League yang mengendalikan perlawanan berdepan dengan Al-Sadd dari Qatar semalam.
Pengadil perlawanan yang berasal dari Malaysia iaitu Mohd Amirul Izwan Yaakob telah menjadi bahan kecaman penyokong Al-Wehdat selepas kelab mereka tumpas 0-2 seterusnya menutup terus peluang untuk beraksi diperingkat seterusnya.
Kekalahan kali ke-3 dari 4 perlawanan itu juga menyebabkan Al-Wehdat sah tersingkir dari persaingan merebut slot ke peringkat seterusnya, dan ketika ini hanya mampu mengutip 1 mata sahaja.
Tekanan mula dirasai apabila pengadil Mohd Amirul Izwan memberikan sepakan penalti kepada pasukan Al-Sadd pada minit ke 31 dan berjaya disempurnakan oleh Santi Cazorla untuk kedudukan 0-1.
Kemuncak kepada rasa tidak puas hati dilihat apabila pemain Al-Wehdat iaitu Yazan Al-Arab diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning ke 2 pada minit ke 75 dan 14 minit berselang, Al-Sadd menjaringkan gol ke-2 untuk memastikan 3 mata penuh dibawa pulang ke Qatar.
Saksikan highlight perlawanan Al-Wehdat bertemu Al-Sadd dibawah.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda.
Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri