Cerita mengenai masalah yang dihadapi oleh penyokong pasukan Penang FC untuk mendapatkan jersi original pasukan bagi musim 2021 ini sebenarnya bukan pertama kali kami sendiri dengar kerana sudah ada beberapa luahan diberikan.
Namun nampaknya masalah itu masih berlaku dan mungkin juga semakin teruk sehingga sudah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong Penang FC sendiri.
Terkini kami telah menghubungi Yazzer Azzad yang telah berkongsi cerita atau pengalaman beliau untuk mendapatkan jersi pasukan Penang FC di Lembah Kelang yang mungkin akan memberikan gambaran lebih jelas kepada semua mengenai masalah sebenar yang dihadapi.
Jersey Home @fa_penang – aku nak cerita masalah yg aku kena hadap semata2 pasai nk beli team negeri kami yg ORIGINAL! Bukan kat Rope Walk/ Lorong https://t.co/axrq0hXc1Y original. Sebab nak support team sendiri. Tapi sales & service sangat la mendukacitakan. @UltrasPanthers.
— Yazzer Azzad Zainudin (@YazzerAzzad) April 18, 2021
Dalam ciapan ini, beliau ada menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 isu utama yang menjurus kepada masalah yang dihadapi oleh penyokong Penang FC untuk membeli jersi original pasukan iaitu distribution channel yang terhad, lokasi premis yang jauh, masalah stok, jersi tidak lengkap dan sikap pekerja yang tidak membantu.
Perkara pertama yang dikongsikan adalah berkaitan dengan distribution channel yang terhad telah menyebabkan kesukaran untuk penyokong Penang FC mendapatkan jersi original.
1. Pertama, hanya satu kedai ja yg ada juai tu pun kat lembah klang ni. Abis tu hat geng2 kat penang lain mcm mana nak dapat? Takapa kami merangkak mai la nak gagau jersey punya pasai. Semangat kot team main liga super la ni
— Yazzer Azzad Zainudin (@YazzerAzzad) April 18, 2021
Kedua, beliau menyatakan bahawa lokasi premis yang jauh dari akses pengangkutan awam juga turut menyumbang kepada kesukaran penyokong untuk terus mengunjungi kedai.
Panggilan dan mesej WhatsApp juga tidak dijawab menjadikan para penyokong tidak mengetahui samada stok jersi seperti saiz dan sebagainya available ataupun tidak.
2. Memang la kedai kt lembah klang tapi akses nk pi kedai tu punya la jauh bukan tgh2 kl. Senang la nak nak train ka apa nak pi. Tu tak la menjdi masalah, tapi call kedai pun tak pernah angkat. Kita call/ whatsapp la dulu sebelum mai. Nak tanya ada stock ka tak. Tak prnah jawab
— Yazzer Azzad Zainudin (@YazzerAzzad) April 18, 2021
Ketiga pula adalah berkaitan dengan stok jersi yang lengkap dengan logo penaja dan sebagainya, dimana menurut Yazzer sendiri ketika beliau mahu membeli jersi itu sticker sponsor pada jersi masih belum ditampal lagi.
Perkara seperti ini sepatutnya sudah disiapkan lebih awal sekiranya produk itu sedia untuk dijual kepada penyokong dan bukan ketika pembeli datang baru kalut nak tekan mesin heatpress.
3. Ketiga, masalah problem paling besaq adalah berkenaan STOCK jersey tu sendiri. Bila mai jersey ada sponsor sticker tak ada , tak boleh buat juai. Nak kena press kena tunggu. Ok fine. Kami tunggu tak ada hal. Tapi tak boleh ka prepare semua siap2?
— Yazzer Azzad Zainudin (@YazzerAzzad) April 18, 2021
Seterusnya adalah satu kejadian melucukan apabila pihak kedai memberitahu bahawa sticker sponsor untuk ditampal pada jersi sudah habis.
Seperti yang dikongsikan, adakah bilangan sticker sponsor dan bilangan jersi yang ada pada ketika tidak sama, sehinggakan berlaku perkara seperti ini. Agak memalukan sebenarnya.
Beliau juga turut menceritakan pekerja kedai itu juga kelihatan seperti melakukan kerja sambil lewa memberikan pelbagai alasan yang menimbulkan banyak tanda tanya. Sebagai contoh, pekerja memberitahu bahawa pembelian dalam jumlah yang banyak tidak dibenarkan, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak mampu untuk tampak sticker penaja.
Aneh sungguh jika difikirkan kembali mengenai perkara ini boleh berlaku ketika era bola sepak profesional tahun 2021.
Seterusnya, ada pekerja yg buat sales buat kerja sambil lewa. Ada yg nk amik order nak buat name set. Ada yg bagi mcm2 alasan, lambat la apa la. Yg terbaru aku nak beli tadi pekerja yg buat sales ni bebai tanya nak beli byk2 tak boleh. Mcm tak ada. Sebenarnya apa ni?
— Yazzer Azzad Zainudin (@YazzerAzzad) April 18, 2021
Inilah antara punca-punca yang akan mengundang kepada kurangnya support dari sudut pembelian barangan dari penyokong yang boleh dikatakan bosan untuk hadap permasalahan remeh begini.
Apa tindakan segera kelab untuk menyelesaikan perkara ini? Atau tidak kisah kerana tajaan sudah berjalan? Kita tunggu.
Teruskan membaca artikel pilihan yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS
Sanjar Shaakhmedov Sumbat Gol Penyamaan Untuk Ikat Juara 3 Kali AFC Champion League Al-Hilal SFC