Ketika pasukan lain rancak memperkenalkan jersi rasmi untuk dipakai dalam Liga Malaysia musim 2022, Penang adalah antara pasukan yang menyepi dan belum menunjukkan perkembangan mengenai rekaan jersi baharu mereka.
Bagaimanapun, persoalan itu akhirnya terjawab sekaligus menghilangkan rasa resah dalam kalangan penyokong setia apabila laman facebook Kelab Bola Sepak Penang (PFC) mengumumkan mereka bakal lancar jersi AWAY pada 3 Mac ini.
Ketika itu adalah sempena perlawanan pertama Liga Super 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan pengumuman akan dibuat oleh Pengerusi Penang FC.
“Kali ini, jersi warna kuning terus menjadi pilihan warna kesinambungan untuk jersi perlawanan di tempat lawan dengan ciri-ciri unik bagi meraikan lagenda yang terbilang. Nantikan 3 Mac ini untuk pengumuman “Away” jersi yang akan dibuat oleh Pengerusi Penang FC,” tulis kenyataan rasmi.
Manakala jersi HOME akan dilancarkan pada 7 Mac 2022 sebelum perlawanan menentang Melaka United di Stadium Bandaraya. Malah, lebih menarik, jersi ini diterbangkan dari Turki dengan ciri-ciri khas.
Tidak seperti musim lepas dimana para penyokong Penang sukar untuk mendapatkan jersi pasukan kesayangan mereka, namun kali ini pihak pengurusan kelab memberi bayangan ada berita baik dari segi penjualan jersi.
Cerita mengenai masalah yang dihadapi oleh penyokong Penang untuk mendapatkan jersi original pasukan bagi musim 2021 ini sebenarnya bukan pertama kali kami sendiri dengar kerana sudah ada beberapa luahan diberikan.
Boleh baca lebih lanjut di sini, Lelaki Ini Berkongsi Cerita Mengenai Masalah Yang Dihadapi Ketika Mahu Membeli Jersi ‘Original’ Penang FC
Baca juga artikel lain mengenai pelancaran jersi pasukan Liga Super musim 2022 melalui pautan dibawah.
Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia
Sabah Lancarkan Jersi Musim 2022, Gunakan Slogan “12” Dan “My Skin”