Jersi home baharu pasukan kebangsaan Malaysia tertiris di media sosial dimana pengeluar, Nike menggunakan warna hitam sebagai warna keseluruhan pada jersi pasukan negara.
Baca Juga:
- Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Stadium Nasional Bukit Jalil Kekal Sebagai Venue Harimau Malaya
- Kim Pan-Gon Dedah Sebab Pilih Aksi Pemanas Badan Bertemu Kemboja, Maldives
- FAM Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Teknologi, HP
Menurut perkongsian laman Footy Headlines, jersi home Malaysia kebanyakannya menggunakan warna hitam dengan Swoosh kuning, menampilkan grafik yang sama pada jersi away yang digunakan oleh skuad kebangsaan Arab Saudi bagi menghadapi temasya Piala Dunia 2022.
https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1587048256101617664
Jersi ini tertiris terlebih dahulu di website rasmi Nike sebelum dipadam namun ramai pengguna dan peminat berjaya untuk mendapatkan screenshoot jersi tersebut sekaligus memuat naik gambar jersi tersebut di laman media sosial.
Tinjauan kami di media sosial menunjukkan peminat kurang setuju Nike menggunakan warna hitam sebagai warna utama pada jersi Home pasukan negara dimana mereka mahu pengeluar dari Amerika Syarikat itu menggunakan kombinasi warna hitam dan kuning yang sudah sebati dengan skuad Harimau Malaya.
Selain itu, peminat juga mahu Nike untuk lebih kreatif dari segi rekaan dimana reka bentuk pada jersi yang tertiris dianggap biasa dan tiada keistimewaan.
Sekiranya tiada perubahan terhadap rekaan jersi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat pengenalan dan pelancaran dan pemain akan memakai jersi ini bagi menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.