Baru-baru ini, peminat kelab Liverpool di Malaysia meluahkan kemarahan mereka terhadap pengarah drama melayu, ‘Jujurlah Nikahi Aku’ kerana mamaparkan babak mengelap air kencing dengan menggunakan jersi kelab tersebut dalam episod yang ke 27 di saluran ASTRO.

Ia seolah-olah tidak menghormati sensitiviti dan menjaga perasaan penyokong Liverpool di negara ini.

Malah, salah seorang penyokong fanatik membuat laporan rasmi di laman web rasmi pasukan Liverpool bagi menuntut pasukan Liga Perdana Inggeris itu mengambil tindakan ke atas produksi drama berkenaan.

Menyedari perkara itu semakin serius dan mengundang lebih banyak kecaman, produksi drama tersebut, Arie Zaharie mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di laman twitternya dan menjelaskan pihaknya tiada niat untuk menghina kelab dari eropah itu.

“Saya Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production mewakili pihak produksi dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas salah satu babak dalam drama ‘Jujurlah Nikahi Aku’.

“Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya tiada niat untuk memburukkan nama baik kelab Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool dari seluruh Malaysia dan berharap agar peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Arie turut berjanji tidak akan mengulangi semula kesilapan itu dan lebih berhati-hati dalam penerbitan drama yang seterusnya.

“Dengan rasa hormat dan rendah diri saya kepada peminat-peminat kelab Liverpool, saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di atas pada masa akan datang dan memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku,” katanya.

https://twitter.com/UyainaArshad/status/1234722495975944193?s=20

Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa berkata dalam Arena Metro, menganggap tindakan pengarah itu memilih jersi kelab itu sekadar untuk menaikkan rating tontonan drama berkenaan.

“Memang ada rasa terguris sikit tapi biasa itu mungkin cara mereka nak raih publisiti. Saya harap penyokong Liverpool tak payah layan sebaliknya kekal fokus menyokong pasukan kesayangan kita,” kata Muz

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami bawakan untuk anda melalui pautan dibawah.

Wartawan Bola Sepak Australia Mula Bimbang Kelab A-League Bakal Terjerumus Ke Saingan AFC Cup

Mohammed Ghaddar Ceritakan Perbezaan Liga Lubnan Dengan Liga Malaysia

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin