Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hari ini telah melancarkan jersi rasmi yang akan dipakai dalam saingan Liga Malaysia musim 2022 daripada jenama Lotto.
Skuad Sang Kenari kembali dengan warna serba kuning bagi jersi HOME sebagai lambang kebangkitan mereka.
Rekaan mural padi disemat erat di dada jersi melalui kesan kain timbul 3D, kain lebih eksklusif dan ringan dengan hanya berat 135gsm, logo silikon berwarna penuh dan menggunakan teknologi Deep Dry Lotto.
Manakala jersi AWAY berwarna merah dan kali ini mempunyai rekabentuk ‘V’. Rekaan berulang V melalui geometrik ‘V’ disemat erat melalui kesan kain timbul 3D, kain lebih eksklusif dan ringan.
Ini Jiwa Kita!
2022 KDA FC Team Kit | HOME, AWAY & GK KIT#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #teamkit pic.twitter.com/r6q99zsefy
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 28, 2022
Menurut kenyataan rasmi, jersi ini dijual di pasaran dengan harga RM139 (Authentic) dan RM99 untuk jenis replika. Para penyokong Kedah boleh membuat pra-tempahan jersi ini untuk 750 helai pertamam di laman Shopee LOTTO MY | Prestige Sports.
Bagaimanapun, penghantaran jersi melalui para tempahan akan bermul apada 10 Mac 2020.
Selain itu, KDA FC turut memperkenalkan 3 jersi rasmi Penjaga Gol yang terdiri warna biru, oren dan kelabu.
Rekaan abstrak tersemat pada jersi penjaga gol, kain lebih eksklusif dan ringan dengan hanya berat 160gsm, logo silikon berwarna penuh dan turut menggunakan teknologi Deep Dry Lotto.
Para penyokong juga boleh melihat sendiri jersi KDA FC Musim 2022, di Stor Rasmi KDA FC, Tingkat 1, Wisma PKNK, Alor Setar dan mendaftar tempahan bermula jam 3.30 petang. Stok tersedia pada 25 Mac 2022.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Forestieri Tidak Dapat Menahan Sebak Selepas Menang Piala Pertama Bersama JDT
RTM Diumumkan Sebagai Rakan Penyiar Unifi Liga Malaysia 2022
Piala FA 2022: Terengganu Jumpa Negeri Sembilan Di Pusingan Pertama