Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri tidak dapat menahan sebak selepas membantu pasukannya menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) sekaligus mempertahankan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan 3-0 itu memastikan bekas pemain Watford itu menamatkan kemarau Piala sepanjang 15 tahun dalam karier bola sepaknya dan beliau mengakui sangat gembira selepas pengadil meniup wisel penamat semalam.
Justeru, dia mengharapkan mampu berikan lebih banyak kejayaan kepada JDT selain mencipta kenangan bermakna buat dirinya sepanjang di sini.
Detik ketika penyerang import JDT, Fernando Forestieri menangis ketika sesi sidang media pasca perlawanan Piala Sumbangsih 2022.
*Secara peribadi gaya,lenggok larian Fernando ingatkan aku kepada Jorge Pereyra Diaz. One of the best striker in M League. @ASTROARENA pic.twitter.com/oKmg6wmMZB
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 26, 2022
“Sepanjang saya bermain bola sepak walaupun di peringkat tertinggi seperti di Serie A dan Liga Kejuaraan England, saya belum pernah memenangi apa-apa.
“Jadi, piala ini adalah sesuatu yang sangat bermakna kerana sekurang-kurangnya saya ada memenangi sesuatu di dalam karier kerana bola sepak adalah minat serta kehidupan saya.
“Saya harap keluarga saya ada di sini untuk menyaksikan kejayaan malam ini, sudah tentu ia lebih bermakna.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih dan ejen yang membawa saya ke sini malah saya sedia mahu berikan lebih banyak kepada kelab ini,” kata Forestieri ketika sidang media.
Forestieri juga sempat menyumbang satu gol menarik dari luar kotak penalti pada minit ke 31 dan ini adalah jaringan pertama beliau dalam saingan Liga Malaysia.
31' GOL | Debut goal! Fernando Forestieri melepaskan rembatan yang tepat untuk menggandakan kelebihan JDT! @Forestieri45@OfficialJohor 2-0 @KLCityFootball#PSHAS2022 #Sumbangsih2022 pic.twitter.com/7VXqrDteIN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 26, 2022
Sebelum itu, Nazmi Faiz Mansor membuka tirai jaringan pada minit-26 dan Afiq Fazail melengkapkan gol kemenangan pada minit-84.
Ini juga menjadi kejuaraan kali kelima berturut-turut buat JDT mendakap Piala Sultan Haji Ahmad Shah sejak memenanginya pada 2018 dan kali ketujuh secara keseluruhan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
RTM Diumumkan Sebagai Rakan Penyiar Unifi Liga Malaysia 2022
Jadual Liga Malaysia 2022 Sudah Dikemaskini, Beberapa Perlawanan Akan Bermula Pukul 8.15 Malam