Skuad Perak The Bos Gaurus (TBG) menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang akan memakai jersi jenama dari Sepanyol, Kelme dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Kelme bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak dunia apabila jenama tersebut turut menjadi penaja kepada beberala La Liga seperti Rayo Vallecano, RCD Espanyol dan Deportivo Alaves.
Di Asia, Kelme turut menaja jersi beberapa kelab Liga Super China, kelab Liga divisyen 1 Korea Selatan termasuk skuad kebangsaan Maldives dan Nepal.
Perak X Kelme
Bold. Power. Beast. Mark of the Gaurus.#KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr pic.twitter.com/0DFeBeWF0U
— Perak FC (@peraktbgmy) February 22, 2020
Sebelum ini, Perak menghadapi beberapa masalah dengan pembekal penaja jersi jenama JAKO apabila mereka tidak mematuhi beberapa perjanjian yang dibuat.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri pada Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Perak FA di Stadium Indera Mulia hari ini.
“Saya memohon maaf kepada peminat dan mengambil tanggungjawab terhadap penangguhan pelancaran jersi sebelum ini kerana penaja sebelum ini tidak menuruti perjanjian sehingga tempoh akhir yang ditetapkan. Disebabkan itu kita terpaksa membatalkan perjanjian tersebut.
“Jenama baharu ini juga baru kita tandatangan kurang dua minggu lalu sebelum perlawanan Unity Shield yang berlangsung Sabtu lepas,” katanya.
Seperti musim lepas, Perak mengekalkan warna kuning pada kit jersi HOME dan warna putih pada kit jersi AWAY. Bagaimanapun, tiada kit jersi ketiga dipaparkan kali ini.
Mereka turut menampilkan kempen Visit Perak pada jersi HOME dan mempromosi ‘Pangkor Free Duty’ pada jersi AWAY. Kempen Save Water dan Stop Smoking turut tertera pada kedua-dua bahu jersi dengan lebih kemas.
Baca juga artikel lain berkaitan Isu Jersi Perak FA yang telah kami sediakan sebelum ini.